top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

KUNJUNG HORMAT DAN RAHMAH MESRA BERSAMA PENGURUSAN AIR SELANGOR WILAYAH SEPANG

Tarikh : 06hb Jun 2024 (Khamis)

 

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKR WP PUTRAJAYA) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Air Selangor Wilayah Sepang.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Encik Mohd Fauzan Bin Mohd Hardi, Ketua Wilayah Pengurusan Bekalan Air Selangor Wilayah Sepang bersama 6 pegawai. Kunjung hormat ini telah disambut oleh, Encik Robert Anak Albert Girik selaku Yang Menjalankan Tugas Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya bersama empat (4) Ketua Bahagian dan tiga (3) pegawai JKR WP Putrajaya.

Pertemuan ini menjadi satu platform bagi mewujudkan hubungan baik diantara JKR WP Putrajaya bersama Pengurusan Air Selangor Wilayah Sepang.  Bukan itu sahaja , sewaktu kunjungan hormat ini dijalankan Encik Mohd Fauzan selaku Ketua Wilayah Pengurusan Air Selangor Wilayah Sepang juga sempat bertanya berkaitan sistem kemudahan air yang digunapakai oleh pihak JKR WP Putrajaya di Bangunan Kerajaan dan Kuaters. Berbagai perkongsian berkaitan  peranan dan perkhimatan telah dibincangkan.

Akhir sekali, kami warga JKR Wilayah Persekutuan  Putrajaya dengan tulus ikhlas menerima kunjungan hormat daripada pihak Pengurusan Bekalan Air Selangor Wilayah Sepang .Oleh itu, dengan adanya kunjungan hormat diharapkan dapat ini menatijahkan hasil untuk diaplikasikan di dalam perkhidmatan JKR WP PUTRAJAYA serta menjadi nilai murni yang dicontohi  dalam sistem pengurusan perkhidmatan awam dalam Malaysia.

Berita Disediakan Oleh:

Nur Annisa Binti Kasim
Editor BPKS

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page