top of page
Kursus Pengenalan dan Penggunaan Aplikasi Revit Sesi 1/2020

Tarikh : 12hb Mac 2020 (Khamis)

Bahagian Arkitek telah manganjurkan Kursus Pengenalan dan Penggunaan Aplikasi Revit untuk Rekabentuk Projek-projek JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi Sesi 1/2020 pada 9 sehingga 11 Mac 2020. Kursus ini telah diadakan di Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor selama tiga hari. Seramai 21 orang kakitangan dari pelbagai gred terlibat menyertai kursus ini. Penceramah bagi kursus ini, En. Muhamad Hanif Bin Ibrahim yang merupakan pensyarah dari Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor.

 

Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aplikasi Revit kepada semua peserta yang merupakan perekabentuk (designer) bagi projek yang terdiri daripada Arkitek, Awam, Mekanikal, Elektrikal dan Ukur Bahan. Aplikasi Revit ini boleh digunakan untuk menunjukkan kitaran hidup bangunan termasuk proses pembinaan dan pengurusan penyenggaraan dimana ianya bersesuaian dengan skop kerja utama di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuantiti dan kualiti dari sesuatu material juga dapat ditentukan dengan mudah berdasarkan maklumat yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut.

 

Oleh sebab itu, dengan terlaksananya kursus ini, diharapkan setiap peserta dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah ditimba untuk di bawa balik ke pejabat dan membantu JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk menyediakan lukisan lengkap dengan lebih cepat. Semoga jalinan kerjasama diantara pihak JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan Kolej Komuniti Sabak Bernam ini dapat berterusan serta berkekalan.

 

Disediakan oleh :

 

Nor Siti Aisyah

Bahagian Arkitek

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page