top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Latihan Kebakaran Bersama Pihak Bomba Putrajaya

Tarikh : 21hb Mac 2019 (Khamis)

JKR WP Putrajaya dengan kerjasama kontraktor fasiliti kompleks c iaitu THP Sinar Sdn Bhd telah mengadakan latihan kebakaran bersama pihak bomba di Balai Bomba Putrajaya, Presint 7. Latihan ini melibatkan pasukan ERT setiap kementerian / jabatan di Kompleks C yang berjumlah 50 peserta.

Pihak bomba telah menerangkan kegunaan peralatan asas pemadam api seperti jaket kalis api bomba, face mask,  nozzle, hose, helmet, fire extinguisher, dan hydrant key. Selain itu peserta didedahkan latihan amali teknik penggunaan peralatan fire extinguisher yang betul.

Pasukan ERT dari JKR WP Putrajaya yang diketuai En. Rozaham diberi peluang secara hand on menjalankan operasi memadam kebakaran yang melibatkan proses pemasangan 3 unit hose dengan jarak 300 kaki serta kaedah penggunaan nozzle. Latihan diakhiri dengan ucapan penutup pihak bomba dan sesi bergambar.

Berita Disediakan Oleh:

En. Mohd Hasyimi Bin Abdullah

Jurutera Elektrik J41

Bahagian Senggara Zon 1

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page