top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Lawatan Kerja Ke AdvanLED

Tarikh : 07hb Feb 2020 (Jumaat)

Pada 7 Februari 2020, Bahagian Senggara Zon 3 JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya serta kerjasama dari  kontraktor FM Masjid Putra telah mengadakan lawatan kerja ke AdvanLED, kilang pembuatan lampu Light Emitting Diode (LED) yang bertempat di Negeri Melaka. Lawatan yang telah disertai seramai 25 orang tersebut telah diketuai oleh Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (JEPK) iaitu En. Asha’ari bin Hj.Hasan. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pegawai Eksekutif AdvanLED, Sale Manager AdvanLED dan Maintenance Eksekutif. Tujuan lawatan kerja ke kilang AdvanLED adalah untuk melihat pemasangan dan pembuatan lampu-lampu LED serta mengkaji harga pasaran lampu-lampu LED sambil meneliti spesifikasi lampu yang terbaru.

 

Di dalam lawatan itu, rombongan telah diberi sedikit penerangan dan maklumat mengenai lampu-lampu terbaru yang mereka pasarkan berserta lampu-lampu yang telah dinaiktaraf dari segi spesifikasi dan katahanan hayat lampu. Pihak rombongan juga telah dibawa oleh staf AdvanLED ke makmal pemasangan lampu dimana pihak rombongan didedahkan dengan pemasangan lampu dari pembuatan litar lampu sehingga siap dipasang dan diuji serta memberi penerangan terhadap keselamatan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan untuk lampu tersebut.

 

Di dalam lawatan tersebut juga, tidak lengkap dengan sesi perbincangan dan soal jawab maklumat mengenai isu lampu yang selalu menjadi masalah di bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya samada dari segi hayat, keterangan, serta spesifikasi.

 

Selain itu, JEPK merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pengurusan AdvanLED di atas kesudian menerima kehadiran lawatan Bahagian Senggara Zon 3 JKR Wilayah Putrajaya dan berkongsi maklumat berkenaan pasaran dan pembuatan lampu LED tersebut.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Senggara Zon 3

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page