Lawatan Kerja Ke Masjid Sri Sendayan

Tarikh : 10hb Jan 2020 (Jumaat)

Pada 10 Januari 2020, seramai 8 kakitangan Bahagian Senggara Zon 3 JKR WP Putrajaya yang diketuai oleh Jurutera Elektrik Penguasa Kanan(JEPK) iaitu En. Asha’ari bin Hj.Hasan bersama wakil kontraktor FM Masjid Putra telah mengadakan lawatan kerja setengah hari di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Imam Eksekutif Masjid Sri Sendayan, Ustaz Ahmad Naim Azlan, Projek Manager Masjid Sri Sendayan dan Maintenance Eksekutif. Tujuan lawatan kerja ke Masjid Sri Sendayan adalah untuk melihat keunikan hasil senibina masjid dan juga ingin mengetahui dari segi aspek sistem elektrikal dan mekanikal yang digunapakai untuk Masjid Sri Sendayan.

 

Di dalam lawatan itu, rombongan telah diberi sedikit penerangan dan maklumat mengenai Masjid Sri Sendayan termasuk lawatan ke Dewan Solat Utama, Dewan Solat Kedua, Dewan Solat Wanita, Bilik Kawalan dan sekitaran kawasan masjid. Masjid Sri Sendayan turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan,dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, serta 6 unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.

 

Di dalam lawatan tersebut juga, tidak lengkap dengan sesi perbincangan dan bertukar-tukar maklumat mengenai isu masjid-masjid di Putrajaya. Di kesempatan ini, pihak rombongan telah sempat bersolat jemaah bersama-sama khariah Masjid Sri Sendayan.

 

Selain itu, JEPK merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pengurusan Masjid Sri Sendayan, khususnya kepada Imam Eksekutif serta pegawai-pegawainya di atas kesudian menerima kehadiran lawatan Bahagian Senggara Zon 3 JKR WP dan berkongsi maklumat berkenaan masjid tersebut, dengan ini Bahagian Senggara Zon 3 JKR WP telah menyerahkan cenderamata kepada pihak Pentadbiran Masjid.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Senggara Zon 3

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-OKT-2020

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB