top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Lawatan Ke Kilang L.V CONTROL SDN. BHD. Di Kawasan Taman Perindustrian Subang USJ 1, Subang Jaya, Selangor

Tarikh : 24hb April 2019 (Rabu)

Bahagian Kejuruteraan Elektrik & Senggara Zon 3, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan lawatan ke kilang L.V. Control Sdn. Bhd. bagi menghadiri Seminar dan Factory Acceptance Test (FAT) untuk Surge Protection Device.

 

Tujuannya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan mengenali dengan lebih dekat tentang surge protective device (SPD) jenama DUVAL. Lawatan ke kilang tersebut dihadiri oleh 26 peserta dan diketuai oleh Ketua Jurutera Elektrik Ir. Hj. Shamsuriee bin Sulaiman.

 

Program dimulakan dengan kata-kata aluan dari pihak L.V. Control Sdn. Bhd. sebelum diteruskan dengan pengenalan dengan lebih mendalam tentang produk dan pengunaan SPD. Peserta seminar turut diberi peluang untuk melontarkan sebarang persoalan semasa sesi penerangan produk tersebut.

 

Selepas sesi penerangan produk, peserta dibawa ke sesi lawatan ke kilang di mana peserta diperkenalkan dengan lebih dekat pelbagai jenis SPD yang sering digunakan di bangunan-bangunan Kerajaan dan komersil, lampu jalan dan lain-lain. Peserta juga turut berpeluang untuk memasang, menguji serta memeriksa pemasangan sistem SPD seperti  yang terdapat di tapak projek.

 

Di akhir program, peserta diberikan Sijil penyertaan oleh pihak L.V. Control Sdn. Bhd. sebelum ucapan penutup dan kata-kata akhir diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

Berita Disediakan Oleh:

MARWAN BIN MOHAMAD

Jurutera Elektrik

Bahagian Kejuruteraan Elektrik & Senggara Zon 3

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page