top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

JKR WP PUTRAJAYA DAN MOF PANTAU KEMAJUAN PEMBAIKAN KUARTERS DI BAWAH INISIATIF STAR

Tarikh : 5hb November 2024 (Selasa)

 

JKR WP Putrajaya telah mengiringi rombongan pegawai daripada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan yang diketuai oleh YBhg. Dato' Indera Ab Rahim bin Ab Rahman ke kerja pembaikan kuarters kosong di Presint 11 dan Presint 14. Tujuan kunjungan ini adalah untuk menilai prestasi pembaikan kuarters kosong yang dilaksanakan oleh Kontraktor Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan (FMM) di bawah kontrak JKR WP Putrajaya. Kerja pembaikan ini adalah di bawah Inisiatif Mempercepatkan Pembangunan dan Penyelenggaraan Kuarters, Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).

Kunjungan YBhg Dato' Indera telah disambut oleh Ir. Khairul Amir Bin Isahak, Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Kuarters Kerajaan, JKR WP Putrajaya dan telah diberi penerangan mengenai status keseluruhan pembaikan kuarters kosong di bawah seliaan JKR WP Putrajaya.

Turut hadir adalah pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Seksyen Pengurusan Kuarters Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH). JKR WP Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan dan nasihat yang telah diberikan.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Kuarters Kerajaan (BKK)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page