Lawatan Teknikal ke Superpower Technology Sdn Bhd

Tarikh : 25 Januari 2018

Pada 25 Januari 2018 Bahagian Senggara Zon 2 telah menganjurkan satu lawatan ke syarikat pembekal Uninterruptible Power Supply (UPS) yang beralamat di Syarikat Superpower Technology Sdn Bhd, Pusat Perniagaan Kinrara, Puchong Selangor. Lawatan ini diketuai oleh En. Mohd Athir Bin Kamaruddin, Jurutera Elektrik, Bahagian Senggara Zon 2 dan sesi lawatan berlangsung dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

 

Matlamat utama lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat cara dan kaedah yang betul untuk mengendalikan sistem UPS ini. Selain itu, lawatan ini mampu meningkatkan kefahaman pegawai dan kakitangan dalam operasi pemasangan dan penyenggaraan alatan ini. Seramai 21 orang pegawai dan kakitangan yang menyertai lawatan singkat ini dan mengambil kesempatan dan peluang ini untuk memperolehi ilmu yang dikongsi. Superpower Technology Sdn Bhd diwakili oleh En. Brandon Ng telah memberikan taklimat berkaitan sistem berkenaan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat.

 

Sistem UPS ini adalah antara alatan penting yang berfungsi untuk melindungi perkakasan seperti komputer, pengkalan data, alatan komunikasi atau alatan elektrik yang lain bagi mengelak sebarang gangguan seperti kehilangan data akibat daripada kegagalan sistem bekalan kuasa bangunan atau gangguan elektrik yang tidak djangka. Antara Produk yang diperkenalkan oleh Superpower Technology Sdn Bhd adalah UPS jenama GTec dan Bateri jenama GP. Pegawai dan kakitangan telah didedahkan dengan beberapa model UPS terkini di pasaran serta diberikan penerangan dengan lebih jelas berkaitan fungsi setiap komponen dan cara-cara pemeriksaan sepatutnya dilaksanakan di tapak.

Selain daripada sesi taklimat, Superpower Technology Sdn. Bhd. juga memberikan latihan secara hands-on ​untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pegawai dan kakitangan yang menyertai lawatan ini. Sesi soal jawab berkaitan sistem UPS dan isu-isu berkaitan di tapak banyak memberikan pencerahan dan akan membantu pihak JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam memantau dan  menyenggara sistem UPS di tapak. JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya berterima kasih atas kesudian pihak Superpower Technology Sdn. Bhd. menerima kunjungan lawatan pegawai dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ke Syarikat Superpower Technology Sdn Bhd.

 

Berita disediakan oleh :

En. Mohammad Firdaus Bin Ghani

Verifier

Bahagian Senggara Zon 2

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 06-Dis-2019

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

+603-8885 6800

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB