top of page
Lawatan Teknikal Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah

Tarikh : 30hb Jun 2022 (Khamis)

 

JKR WP Putrajaya mengalukan kunjungan pihak Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah. Perjumpaan ini berlangsung bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Persidangan Ziyad ibn Abih, JKR WP Putrajaya. Program ini dipengerusikan oleh Ir. Arnita Sofia binti Osman, Jurutera Awam Penguasa Kanan JKR WP Putrajaya.

Lawatan teknikal ini diadakan bagi tujuan perkongsian ilmu serta medapatkan khidmat nasihat daripada JKR WP Putrajaya dalam kaedah pemantauan kontrak pengurusan tenaga dan penyelenggaraan bangunan (sistem mekanikal dan elektrikal).

Seramai 9 orang pegawai daripada JPP, UMS diketuai oleh Prof. Dr Mohamad Ibrahim bin Mohamad, Pengarah JPP UMS telah hadir. Terdapat dua sesi taklimat telah diadakan dimana taklimat pertama bertajuk Pelaksanaan Kontrak Pengurusan Fasiliti JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya disampaikan oleh Ts. Yusnizah binti Mohd Kusnin, Jurutera Awam Kanan JKR WP Putrajaya manakala taklimat kedua pula berkenaan pengurusan tenaga bertajuk Putrajaya Sebagai ‘Green City’ Menjelang 2025 disampaikan oleh Ir. Fadzlida binti Fadzil, Jurutera Elektrik Kanan JKR WP Putrajaya.

Semoga dengan terlaksananya lawatan teknikal ini, kerjasama diantara kedua-dua pihak akan berterusan pada masa akan datang.

 

 

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page