

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

Lawatan KPKR Ke Projek Pembinaan Bilik Darjah Konsep
di Sekolah Rendah Putrajaya










Tarikh : 06hb Disember 2018 (Khamis)
​
Pada 07 Disember 2018, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha telah mengadakan lawatan ke projek pembinaan Bilik Darjah Konsep di sekolah-sekolah rendah Putrajaya bagi melihat sendiri kemajuan projek tersebut. Projek ini melibatkan keseluruhan 35 bilik darjah bermula pada 15 Oktober 2018 dan telah siap sebanyak 80%. Ia dijangkakan siap sepenuhnya lebih awal 15 hari daripada tarikh siap kerja asal 31 Disember 2018 dan bakal digunakan untuk sesi pembelajaran tahun 2019.
Antara sekolah-sekolah rendah di putrajaya yang telibat adalah:
​
1) SK Presint 5(1) = 2 Blok (6 Bilik Darjah)
2) SK Presint 8(1) = 1 Blok (2 Bilik Darjah)
3) SK Presint 8(2) = 1 Blok (2 Bilik Darjah)
4) SK Presint 9(1) = 1 Blok (2 Bilik Darjah)
5) SK Presint 9(2) = 1 Blok (3 Bilik Darjah)
6) SK Presint 11(1) = 1 Blok (3 Bilik Darjah)
7) SK Presint 14(1) = 1 Blok (3 Bilik Darjah)
8) SK Presint 17(1) = 2 Blok (6 Bilik Darjah)
9) SK Presint 18(1) = 2 Blok (5 Bilik Darjah)
10) SK Presnit 18 (2) = 1 Blok (3 Bilik Darjah)
​
Hasil tinjauan KPKR, beliau amat berpuashati dengan laporan kemajuan tapak projek pembinaan Bilik Darjah Konsep di sekolah-sekolah rendah Putrajaya ini, ia akan dapat disiapkan awal bagi menampung keperluan persekolahan tahun depan seperti mana yang dirancangkan.
Berita Disediakan Oleh
​
Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)
JKR WP Putrajaya
​




