top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SEBUT HARGA SEMULA CADANGAN PROJEK PENYELENGGARAAN DAN KERJA BAIK PULIH BILIK LATIHAN ARAS 6, DI BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN, PUTRAJAYA

Tarikh : 16hb Disember 2024 (Isnin)

 

Majlis penyerahan projek sebut harga semula cadangan projek penyelenggaraan dan kerja baik pulih bilik latihan aras 6, di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya telah diadakan pada 16 Disember 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Jamuan 1, Aras 8, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. 

 

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Izmal bin Ibrahim, Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR WP Putrajaya dan YBrs. Puan Zainani Binti Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (korporat), Jabatan Akauntan Negara Malaysia selaku pihak pelanggan. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Tarmizi bin Tamby Chik, Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Encik Shahrizon Bin Salleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia,  YBrs. Ir. Ts. Hajah Sarimah Binti Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek, JKR WP Putrajaya dan pegawai – pegawai JKR WP Putrajaya dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

 

Projek bernilai RM132,500 dilaksanakan oleh kontraktor DJ Resources. Projek ini melibatkan ubahsuai ruang terbuka diubahsuai menjadi bilik kuliah A, bilik kuliah B dan bilik makmal komputer. Skop kerja yang terlibat adalah kerja – kerja Arkitek, Mekanikal , Elektrikal dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page