![](https://static.wixstatic.com/media/1a64b012dc0a49b9965fdd3512b907c4.png/v1/fill/w_1843,h_1920,al_c,q_95,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/1a64b012dc0a49b9965fdd3512b907c4.png)
![jata negara.png](https://static.wixstatic.com/media/355779_6b72f3d4a1244924ae66ad56f4e72448~mv2_d_1551_1210_s_2.png/v1/fill/w_103,h_76,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/jata%20negara.png)
Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
![logo Jabatan Kerja Raya Wilayah Pesekutuan Putrajaya](https://static.wixstatic.com/media/355779_6f54d6ef00e8417ca128dc60b818e47d~mv2.png/v1/fill/w_128,h_96,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/355779_6f54d6ef00e8417ca128dc60b818e47d~mv2.png)
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA NAIKTARAF DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI BILIK KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (KPPH) DAN BILIK TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA, ARAS 9 dan KERJA-KERJA UBAHSUAI RUANG PEJABAT DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI ARAS 7, IBU PEJABAT JPPH, PUTRAJAYA
![1](https://static.wixstatic.com/media/355779_32265be123614cc9825dd5d393b1e4ec~mv2.jpeg/v1/fill/w_960,h_1280,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/355779_32265be123614cc9825dd5d393b1e4ec~mv2.jpeg)
![2](https://static.wixstatic.com/media/355779_bd9c1911cd74424caea36cc53845e66a~mv2.jpeg/v1/fill/w_960,h_1280,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/355779_bd9c1911cd74424caea36cc53845e66a~mv2.jpeg)
![3](https://static.wixstatic.com/media/355779_d555ece4f48143f8a7db1d41acd03b9e~mv2.jpeg/v1/fill/w_960,h_1280,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/355779_d555ece4f48143f8a7db1d41acd03b9e~mv2.jpeg)
![4](https://static.wixstatic.com/media/355779_f651a651889b42028771e349ffdaa534~mv2.jpeg/v1/fill/w_960,h_1280,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/355779_f651a651889b42028771e349ffdaa534~mv2.jpeg)
![5](https://static.wixstatic.com/media/355779_919646a937da4d719e8580a66b36d535~mv2.jpeg/v1/fill/w_960,h_1280,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/355779_919646a937da4d719e8580a66b36d535~mv2.jpeg)

Tarikh : 16hb Disember 2024 (Isnin)
Majlis penyerahan projek bagi Kerja-kerja naiktaraf Bilik Ketua Pengarah dan Bilik Timbalan Ketua Pengarah Aras 9 dan Kerja-Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat Aras 7 di ibu pejabat JPPH, Putrajaya telah berlangsung pada 16 Disember 2024 (Isnin) di Bilik Mensyuarat Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Aras 9, Ibu Pejabat JPPH, Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Sr. Abdul Razak Bin Yusak (Ketua Pengarah JPPH) dan YBrs. Ir. Izmal bin Ibrahim (Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR WP Putrajaya). Turut dihadiri Sr. Haji Mohd Nazri Bin Ahmad Zahari (Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) JPPH. Dua projek telah berlangsung. Satu projek di aras 9 dilaksanakan oleh kontraktor NAA AMIN Enterprise dengan projek bernilai RM41,180 manakala projek di aras 7 bernilai RM38,620 dilaksanakan oleh kontraktor R&P RICH Enterprise.
Ruang yang diubahsuai merangkumi :
-
Bilik Ketua Pengarah
-
Bilik Timbalan Ketua Pengarah
-
Bilik Pegawai
Skop kerja melibatkan:
-
Menaiktaraf ruang cabinet, memasang curtain blind baru, memasang workstation baru untuk pegawai Gred 41/44 dan memasang wallpaper baru,
-
Sistem Elektrikal: Pertambahan socket punca kuasa dan socket internet, Ubahsuai Lampu
-
Sistem Mekanikal: Pengalihan Sprinkler, AC grill dan ducting
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini. Tahniah kepada JKR WP Putrajaya, kontraktor NAA AMIN Enterprise dan R&P RICH Enterprise dan semua yang terlibat. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan bagi projek-projek masa hadapan.
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya