top of page
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN NAIKTARAF LOBI UTAMA MENARA KBS
DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN LOT 4G4, PRESINT 4, PUTRAJAYA

Tarikh : 19hb Disember 2024 (Khamis)

 

Majlis penyerahan projek siap bagi Naiktaraf Lobi Utama Menara KBS Di Kementerian Belia Dan Sukan Lot 4G4, Presint 4, Putrajaya telah diadakan pada 19 Disember 2024 (Khamis) bertempat di Dewan Podium Lobi Utama Menara KBS Di Kementerian Belia Dan Sukan Lot 4G4, Presint 4, Putrajaya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs Encik Richard Barahim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) selaku pihak pelanggan dan YBrs. Ir Ts. Hajah Sarimah binti Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan bagi pihak Pengarah JKR WP Putrajaya, Yang dihormati Tn. Hj. Muhamad Fisol bin Osman selaku Arkitek Penguasa Kanan Bahagian Arkitek JKR WP Putrajaya.

Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai – pegawai dari Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan JKR WP Putrajaya.

Projek Naiktaraf Lobi Utama Menara KBS Di Kementerian Belia Dan Sukan , Putrajaya yang baru ini telah dimulakan pada 14 Ogos 2024 dengan kos kontrak sebanyak RM 820,740.00 (RINGGIT MALAYSIA Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Dan Tujuh Ratus Empat Puluh Ringgit Sahaja) yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Empayar Interaktif Sdn. Bhd.

Projek ini melibatkan pengubahsuaian keluasan lantai sebanyak 430 meter persegi (m²). Projek ini melibatkan skop:-

•  Skop Arkitek – Kerja penggantian siling, pemasangan lantai SPC, membina bilik rela (Dinding drywall, Built in cabinet & Mirror), mengecat dinding sedia ada dengan kemasan texture paint, membekal dan memasang kaunter rela (Solid Surface), fluted panel, glass sticker, signage jata negara dan nama kementerian, built in round bench, light box KBS dan expended metal mesh, kemasan dinding HPL.

•  Skop elektrikal – kerja-kerja pendawaian untuk semua jenis lampu termasuk lampu kecemasan dan lampu keluar, soket, point telefon dan point network l/d faceplate, membekal dan memasang LED video wall display system termasuk pendawaian dan lain-lain.

•  Skop mekanikal - air conditioning system (kerja-kerja membekal dan memasang supply air diffuser dan return air diffuser jenis linear yang baru ,supply air diffuser jenis jet diffuser dan return air diffuser jenis round diffuser yang baru termasuk dengan aksesori yang berkaitan) dan fire fighting system (kerja-kerja membekal dan memasang sprinkler head jenis pendent yang baru , sprinkler head jenis conceal yang baru termasuk , alat pemadam api jenis debu kering (9.0 kg), pengujian dan pentauliahan bagi air conditioning system dan fire fighting system)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pihak kontraktor (Empayar Interaktif Sdn. Bhd) dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, JKR selaku Agensi Pelaksana ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan semua pihak yang terlibat di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Diharap kerjasama erat ini akan terus dikekalkan bagi projek - projek pada masa akan datang.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page