top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENGUBAHSUAIAN DAN NAIKTARAF DI BLOK B DAN BLOK C, IBU PEJABAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DAN KERJA KERJA BERKAITAN

Tarikh : 17hb Disember 2024 (Selasa)

 

Majlis penyerahan projek pengubahsuaian dan naiktaraf di blok b dan blok c, ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya telah diadakan pada 17 Disember 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 7 Podium, Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. 

 

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Hajah Sarimah Binti Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek, JKR WP Putrajaya dan Tuan Sukairi Bin Samsudin, Pengarah Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selaku pihak pelanggan.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Mohd. Kamarul Hafizi bin Bahaudin Ketua Unit, Cawangan Pengurusan Fasiliti, SPRM, pegawai – pegawai JKR WP Putrajaya dan SPRM

Projek bernilai RM431,740 dilaksanakan oleh kontraktor Kaireff Prestij Sdn Bhd. Projek ini melibatkan ubahsuai bilik pengawal rela, ruang pejabat pegawai, ruang pejabat dan bilik mensyuarat. Skop kerja yang terlibat adalah kerja – kerja Arkitek, Mekanikal , Elektrikal dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 11-JUL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page