top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN KERJA-KERJA NAIK TARAF DI BANGUNAN JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC), PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA, PUTRAJAYA

Tarikh : 23hb Januari 2025 (Khamis)

 

     Majlis penyerahan projek siap bagi Kerja-Kerja Naik Taraf Di Bangunan Jabatan Peguam Negara (AGC), Presint 4, Persiaran Perdana, Putrajaya telah diadakan pada 23 Januari 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Kunjungan Hormat, Aras 16 Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC), Presint 4, Putrajaya yang melibatkan tiga (3) buah projek iaitu:


    CADANGAN KERJA-KERJA NAIK TARAF PEJABAT PEGUAM NEGARA DI ARAS 16, DI BANGUNAN JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC), PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA, PUTRAJAYA telah dimulakan pada 21 Ogos 2024 dengan kos kontrak bernilai RM689,788.00 yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Empayar Interaktif Sdn. Bhd.;


     CADANGAN KERJA-KERJA NAIK TARAF MOOT COURT DI ARAS 3, DI BANGUNAN JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC), PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA, PUTRAJAYA telah dimulakan pada 21 Ogos 2024 dengan kos kontrak bernilai RM766,200.00 yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Sumber Sempurna Sdn. Bhd.; dan


     CADANGAN KERJA-KERJA NAIK TARAF BILIK E- LITIGASI DI ARAS 2, DI BANGUNAN JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC), PRESINT 4, PERSIARAN PERDANA, PUTRAJAYA telah dimulakan pada 21 Ogos 2024 dengan kos kontrak bernilai RM511,500.00 yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Ilmidya Enterprise.


     Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara Malaysia selaku pihak pelanggan dan YBrs. Ir Ts. Hajah Sarimah binti Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan mewakili pihak Pengarah JKR WP Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Dato' Umar Saifuddin bin Jaafar, Peguam Cara Negara II, YBrs En. Azizi Bin Wahab, Pengarah Bahagian Pengurusan, pegawai-pegawai di Jabatan Peguam Negara (AGC) serta JKR WP Putrajaya.

     Kerja-kerja Naik Taraf  Pejabat Peguam Negara di Aras 16 melibatkan pengubahsuaian bilik pegawai khas kepada bilik kunjungan hormat, tandas peguam negara dan kemasan lantai ruang pejabat serta bilik mesyuarat. Skop kerja pengubahsuaian bilik kunjung hormat, ruang pejabat dan bilik mesyuarat melibatkan penukaran karpet jenis tiles berkeluasan 337 meter persegi (m²) dan karpet jenis gulung berkeluasan 416 meter persegi (m²). Manakala kerja naik taraf tandas peguam negara merangkumi membokar dan memecah jubin lantai  dan dinding sedia ada, membekal dan melepa lapisan kalis air pada permukaan lantai, membekal dan memasang jubin lantai dan dinding termasuk kerja meratakan lantai, membekal sinki dan WC set tandas yang baharu serta kerja-kerja kemasan akhir dan menaik taraf tangki water heater berkapasiti tinggi bagi pancur air.

     Kerja-kerja Naik Taraf  Moot Court di Aras 3 melibatkan pengubahsuaian ruang dengan keluasan lantai sebanyak 219 meter persegi (m²) bagi ruang Moot Court, Bilik Penyimpanan Fail, Bilik Penyimpanan Barang, Ruang Pejabat, Anteroom/Kamar Hakim,   dan  Dry Pantry merangkumi skop kerja seperti membekal cubicle workstation & loose furniture di bilik pegawai,  membekal dan memasang kabinet bina dalam jenis tertutup dan terbuka untuk bilik penyimpanan fail serta ruang penyimpanan barang/fail. Kerja-kerja pengubahsuaian di Moot Court merangkumi membuka dan melupus siling dan karpet sedia ada kepada siling dan jubin karpet baru serta membaik pulih kemasan dinding sedia ada, membekal dan memasang wall panel beserta Jata Negara untuk back drop, membekal dan membina meja, rostrum, kandang saksi, kerusi panjang dan pagar jenis kayu bina dalam. Bilik Anteroom/Kamar Hakim melibatkan kerja-kerja membaik pulih, membuka dan melupus karpet sedia ada kepada memasang jubin karpet baru. Manakala ruang Dry Pantry melibatkan kerja membekal dan membina kabinet bina dalam.

     Kerja-kerja Naik Taraf  Bilik E-Ligitasi di Aras 2  melibatkan pengubahsuaian ruang dengan keluasan lantai sebanyak 69 meter persegi (m²) bagi ruang Bilik Bicara, Bilik Saksi dan Bilik Menunggu merangkumi skop kerja seperti meroboh, membuka serta melupus dinding, siling, pintu, blind, dan karpet sedia ada, membekal dan memasang dinding jenis gypsum board dengan kemasan panel akustik, dinding jenis panel kaca akustik lengkap dengan sticker one-way mirror, panel kaca jernih, siling jenis akustik, pintu kayu rata lapisan timber veneer, pintu kaca gelangsar lengkap dengan filamen frosted, roller blind, jubin karpet, wallpaper, skirting dan cornice serta papan tanda, kerja-kerja membina kabinet dan meja lekap serta  mengecat.

     Skop kerja elektrik di Pejabat Peguam Negara di Aras 16,  Moot Court di Aras 3 dan Bilik E-Ligitasi di Aras 2 melibatkan kerja-kerja pendawaian untuk soket alir keluar, IT, telefon, lampu kecemasan, dan AV System, membekal dan memasang lampu kecemasan, lampu keluar, speaker, patch cord, UTP patch panel dan AV System serta built-in power dan data unit termasuk kerja-kerja pengujian dan semua sistem elektrik.

     Skop kerja mekanikal di Pejabat Peguam Negara di Aras 16 melibatkan kerja - kerja membuka diffuser (supply & return) sedia ada dan membekal serta memasang diffuser (directional diffuser/linear diffuser) berserta flexible duct  baru dan kelengkapan lain yang berkaitan, membuka sprinkler head sedia ada dan membekal sprinkler head baru (pendent type/conceal type) dan kerja – kerja penggantian paip sprinkler termasuk aksesori yang berkaitan, membekal water heater (35L) yang baru di tandas peguam negara  beserta dengan aksesori yang berkaitan berserta kerja - kerja panggantian paip dan aksesori yang berkaitan, penggantian cold water paip bagi tandas peguam negara beserta aksesori yang berkaitan, pemeriksaan dan pembaikan kerosakan (tersumbat) pada sistem paip buang di tandas peguam negara, pembaikan kecacatan bagi fire fighting system, air conditioning system and ventilation, cold water and hot water system, dan sanitary system di lokasi yang terlibat termasuk kerja-kerja pengujian dan pentauliahan bagi fire fighting system, air conditioning system and ventilation, cold water and hot water system, dan sanitary system di lokasi yang terlibat. Manakala skop kerja mekanikal di Moot Court di Aras 3 dan Bilik E-Ligitasi di Aras 2 melibatkan kerja-kerja membuka diffuser (supply & return) sedia ada dan membekal serta memasang diffuser (directional diffuser/linear diffuser) berserta flexible duct  baru dan kelengkapan lain yang berkaitan, membuka sprinkler head sedia ada dan membekal sprinkler head baru (pendent type/conceal type) dan kerja-kerja penggantian paip sprinkler termasuk aksesori yang berkaitan, membekal dan memasang alat pemadam api jenis debu kering (9.0 kg), pembaikan kecacatan bagi fire fighting system dan air conditioning system di lokasi yang terlibat serta pengujian dan pentauliahan bagi air conditioning system dan fire fighting system

     Tahniah dan syabas diucapkan kepada JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pihak kontraktor (Empayar Interaktif Sdn. Bhd., Sumber Sempurna Sdn. Bhd. dan Ilmidya Enterprise) dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, JKR selaku Agensi Pelaksana ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan semua pihak yang terlibat di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Diharap kerjasama erat ini akan terus dikekalkan bagi projek - projek pada masa akan datang. Terima Kasih.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page