top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Perpisahan Pegawai Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

Tarikh : 09 April 2018

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) telah mengadakan majlis perpisahan pertukaran pegawai Sr. Noor Azizi Bin Arifin (Juruukur Bangunan J44). Majlis bertempat di Bilik Taklimat Tender, Aras 1 JKR WP Putrajaya dihadiri oleh seluruh ahli UPSi dan juga Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya, Ir. En. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid yang juga selaku Ketua Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi).

 

Sr. Noor Azizi Bin Arifin telah berkhidmat di Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) selama setahun yang mana sebelum itu beliau bertugas di Bahagaian Penyelenggaraan Zon 3. Bermula memo yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2018, kini beliau meneruskan bakti dan khidmatnya di Bahagaian Penyelenggaraan Zon 2.

 

Sepanjang tempoh perkhidmatan di UPSi, beliau telah ditugaskan menyelaras bahagian latihan kakitangan JKR WP Putrajaya dan juga latihan industri pelajar universiti. Disamping itu beliau juga terlibat dengan perancangan penyelenggaraan kontrak pengurusan fasiliti di Putrajaya.

 

Dalam ucapannya, beliau menyatakan terima kasih kepada semua ahli UPSi terhadap sokongan dalam merialisasikan tugas harian bagi mencapai keperluan jabatan.

 

Timbalan Pengarah turut menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan, tempat Sr. Noor Azizi Bin Arifin di UPSi kini diambil alih oleh En. Mohd Shafiq Hakimie Bin Sabtu (Jurutera Awam J41).

Berita disediakan oleh:


Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)
JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 13-JUN-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page