top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Sekalung Tahniah anjuran UPSi JKR WP Putrajaya

Tarikh : 03hb Disember 2018 (Isnin)

Unit Pengurusan Strategik dan Intervensi (UPSi) telah mengadakan Majlis Sekalung Tahniah sempena kenaikan pangkat Ir. Syed Jaafar Idid bin Syed Abdyllah Idid daripada Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya (J54) ke jawatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JUSA C).

 

Bermula pada 16 November 2016 adalah tarikh dimana Ir. Syed Jaafar Idid bin Syed Abdyllah Idid dilantik sebagai Timbalan Pengarah di JKR WP Putrajaya kemudian UPSi atau Unit Pengurusan Strategik dan Intervensi dibangunkan sekitar April 2017 bagi menyokong pembangunan prestasi dan kompetensi di JKR WP Putrajaya. Peranan Timbalan Pengarah dan Ketua kepada UPSi telah beliau jalankan dengan penuh dedikasi selama 2 tahun dan pelbagai penambahbaikan dan perubahan positif yang dilakukan. Bukan itu sahaja, beliau sendiri antara pegawai yang telah lama berkhidmat di JKR WP Putrajaya selama 11 tahun iaini sejak dari awal pertubuhan pasukan projek JKR di Putrajaya. Beliau juga telah diiktiraf sebagai Pakar Rujuk Jabatan Kerja Raya bagi bidang kepakaran Pengurus Aset Menyeluruh pada 19 Oktober 2017, selain itu banyak lagi Jawatankuasa yang teleh beliau anggotai sepanjang berkhidmatan bersama JKR.

 

Kini beliau telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pada 12 November 2018 sebagai Ketua Pengarah. Taniah buat beliau dan selamat maju jaya.

 

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page