top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Lestari dan Pengurusan Tenaga JKRWPP Bil.1/2018

Tarikh : 5 Februari 2018

Pada 5 Februari 2018, bertempat di Bilik Mesyuarat Wira, Aras 2, jam 9.00 pagi, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Lestari dan Pengurusan Tenaga JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil. 1/2018 yang telah dipengerusikan oleh Arkitek Penguasa Kanan, Pn. Haslina Binti Sumairi.

 

Antara agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1.   Pembentukan sekretariat Jawatankuasa Kecil Pembangunan Lestari dan Pengurusan Tenaga
2.   Merancang Jadual Pelaksanaan Pembangunan Lestari                                                                 
    - Mengenalpasti keperluan latihan
    - Melaksanakan program lawatan teknikal
    - Mengenalpasti projek-projek yang melaksanakan SPAS/Penarafan hijau
    - Lain-lain
3.   Merancang Jadual Pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga
                - Mengenalpasti keperluan latihan
                - Melaksanakan program lawatan teknikal
                - Penyeliaan unjuran anggaran kos untuk naiktaraf dan lain-lain
                - Cadangan-cadangan penambahbaikan/susulan peningkatan daripada     
                  program-program terdahulu.

 

Berikut adalah Jawatankuasa Pembangunan Lestari dan Pengurusan Tenaga JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi sesi 2018/2019

Memandangkan Lestari dan Pengurusan Tenaga adalah salah satu KPI pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tahun ini, beberapa pelan tindakan telah dicadangkan untuk tahun 2018 antaranya:
a.    Mengadakan kursus Penarafan Hijau My CREST pada 8 Februari 2018;
b.    Lawatan Lestari pada 21 April 2018;
c.    Pelaksanaan GO GREEN (EKSA) pada 15 Februari 2018 dan 23 Mei 2018;
d.    Pelaporan pengurusan tenaga akan dikemukakan bersama Laporan Pelaksanaan Lestari kepada pihak Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga; dan
e.    Cadangan untuk mengadakan kursus kesedaran Pengurusan Tenaga kepada pihak pelanggan.                   

 

Diharapkan dengan perlantikan Jawatankuasa Lestari dan Pengurusan Tenaga JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini dapat membantu mencapai sasaran bagi semua pelan tindakan yang telah dicadangkan bagi tahun ini.

 

 

Berita disediakan oleh ;

 

Azizul Bin Taat
Wakil Bahagian Arkitek
Jawatankuasa Lestari dan Pengurusan Tenaga

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page