Mesyuarat Pelaksanaan Penerapan Hijau Melalui Model MyCREST Untuk Dokumen Kontrak Pengurusan Fasiliti Di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tarikh : 21hb Oktober 2018 (Ahad)

Jawatankuasa Lestari dan Bahagian Arkitek di bawah pimpinan Pn Haslina binti Sumairi, Arkitek Penguasa Kanan telah menganjurkan Mesyuarat Pelaksanaan Penerapan Hijau Melalui Model MyCREST Untuk Dokumen Kontrak Pengurusan Fasiliti Di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 19 sehingga 21 Oktober 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah mengumpulkan seramai 32 orang pegawai JKR WP Putrajaya yang terdiri daripada Arkitek, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrik, Jurutera Awam, Juruukur Bahan serta Verifier yang dilantik melalui kontrak Pengurusan Fasiliti sediada. Ahli-ahli mesyuarat telah dikenalpasti sebagai stakeholder yang terlibat secara langsung dengan kontrak pengurusan fasiliti yang merupakan core business kepada JKR WP Putrajaya.

 

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menerapkan model myCREST ke dalam Dokumen Kontrak Pengurusan Fasiliti ke arah menyahut seruan Putrajaya Greencity bagi mengurangkan kadar karbon sebanyak 60% pada tahun 2025. 

 

Model MyCREST yang merupakan Tool bagi Pengurangan Karbon untuk Pengekalan Alam Sekitar Malaysia hasil usahasama JKR Malaysia dan CIDB dipilih sebagai modul berikutan keupayaannya mengira kadar pengurangan karbon. Mesyuarat ini turut menjemput wakil CIDB sebagai fasilitatior bagi memberi penerangan yang lebih jitu ke atas modul MyCREST untuk fasa Operation dan Maintenance yang akan digunapakai.

 

Mesyuarat telah berjaya menghasilkan spesifikasi yang telah mengambilkira keperluan MyCREST dan telah sedia untuk digunakan bagi melengkapkan Dokumen Kontrak. Ia adalah Spesifikasi Addendum kepada Appendix 7B: Technical Specification For Building Facilities Management and Maintenance dengan elemen-elemen bagi membolehkan pengurusan fasiliti oleh JKR WP Putrajaya dianugerahkan star rating oleh MyCREST yang mana sekaligus membantu dalam pengiraan pengurangan kadar pelepasan karbon di Putrajaya. 

Berita Disediakan Oleh

Nur Nawwar binti Ahmad Farouk,

Arkitek, JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 06-Dis-2019

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

+603-8885 6800

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB