top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Laporan Kursus Penarafan Hijau MyCREST

Tarikh : 29 Mac 2018

Pada 29 Mac 2018, Bahagian Kejuruteraan Elektrik dan Senggara Zon 3 telah mengadakan Kursus Penilaian Penarafan Hijau MyCrest yang melibatkan penyertaan pihak pelanggan iaitu Kementerian Luar Negeri dan syarikat pengurusan fasiliti iaitu Ambang Wira Sdn. Bhd.(AWC). Kursus ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat 1185 Bahagian ASEAN, Aras 1 bertempat di Kompleks 1 Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra.  

 

Penceramah kursus ini ialah Encik Rizalman yang dijemput khas daripada MAMPAN-CIDB. Kursus ini bermula pada pukul 9.00 pagi. Antara kehadiran peserta kursus ini adalah Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan, Kementerian Luar Negeri, pegawai-pegawai dari Kementerian Luar Negeri, staf-staf teknikal dari Kumpulan Senggara 3, Bahagian Kejuruteraan Elektrik dan Senggara Zon 3, JKR WP Putrajaya dan kakitangan syarikat AWC.

 

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan dalam struktur penilaian MyCrest dan panduan penyediaan yang diperlukan dalam pencapaian penarafan hijau bangunan. Juga untuk berkongsi amalan terbaik dalam melaksanakan MyCrest.

 

Encik Rizalman dari MAMPAN-CIDB telah memberikan taklimat mengenai Penilaian Penarafan Hijau MyCrest khususnya kepada pihak Kementerian Luar Negeri. Beliau telah memberikan penerangan mengenai pengenalan kepada MyCrest dan menerangkan secara keseluruhan mengenai Scorecard MyCrest, Rule of Thumb dan dokumen-dokumen submittal yang perlu disediakan untuk mendapatkan pengiktirafan Penarafan Hijau MyCrest.

 

Penceramah memberi pujian kepada kumpulan ini dalam usaha penyediaan penilaian penarafan hijau bangunan Wisma Putra dan memandang optimis peluang kejayaan pencapaian tiga bintang dalam Penilaian Penarafan Hijau MyCrest kali ini. Sama-samalah kita doakan agar impian ini menjadi kenyataan

 

Berita disediakan oleh:
 

Bahagian Senggara Zon 3 dan Kejuruteraan Elektrik
JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page