top of page
MAJLIS PENYERAHAN PADANG SINTETIK DAN TREK DI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

Tarikh : 2hb Mei 2024 (Khamis)

 

Majlis penyerahan projek siap bagi projek Tender Semula Bagi Pembinaan Gantian Dan Naik Taraf Trek Sintetik, Padang Sekolah Serta Kerja-kerja Pembaikan Astaka Di Sekolah Sultan Alam Shah, Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 2 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya.

Majlis telah disempurnakan oleh En.Robert Anak Albert Girik (Menjalankan Tugas Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya) dan Pn. Raha Binti Mohd Hafdzi mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia selaku pihak pelanggan. Penyerahan ini juga diraikan semasa Majlis Jalinan Mesra Bersama Warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan di Dewan Putra Perdana, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS).

Projek ini telah disiapkan dengan membuat serahan dokumen, lukisan terbina dan perakuan muktamad (3in1) pada 22 April 2024. Skop kerja Projek ini melibatkan kerja-kerja penggantian padang dan trek larian serta naiktaraf astaka Sekolah Sultan Alam Shah (SAS). Padang sekolah ini telah dinaiktaraf dari padang rumput ke padang sintetik dan seterusnya mendapat pengiktirafan dari dua badan sukan antarabangsa iaitu International Rugby Board (IRB) dan Federation of International Football Federation (FIFA). Kos penyiapan projek ini adalah sebanyak RM 7,903,766.40

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

Butiran penyerahan turut disiarkan di akhbar buletin TV3 seperti pautan berikut

https://www.buletintv3.my/nasional/kpm-terima-penyerahan-tiga-projek-di-sekolah-sultan-alam-shah/

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page