top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BAGI TAWARAN SEMULA CADANGAN PENGGANTIAN TREK SINTETIK, PADANG BOLA DAN PEMBAIKAN ASTAKA SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1), WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Tarikh : 16hb Disember 2025 (Selasa)

Majlis penyerahan projek siap bagi Penggantian Trek Sintetik, Padang Bola dan Pembaikan Astaka serta Kerja-Kerja Berkaitan di SMK Putrajaya Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 16 Disember 2025 (Selasa) bertempat di Astaka SMK Putrajaya Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan pihak pelanggan dan YBHG. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan). Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai – pegawai dari Kementerian Pendidikan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR dan JKR WP Putrajaya.

Projek ini telah dimulakan pada 17 Januari 2024 dengan kos kontrak keseluruhan sebanyak RM 7,573,837.00 (RINGGIT MALAYSIA Tujuh Juta Lima Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu Lapan Ratus Tiga Puluh Tujuh Ringgit) yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu ZR Construction Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan kerja-kerja penggantian dan naiktaraf trek sintetik, padang bola sepak, pembinaan rumah pam serta kerja-kerja pembaikan astaka sekolah. Trek sintetik bagi sekolah ini telah mendapat persijilan daripada badan antarabangsa iaitu World Athletic Organization (WAO) dengan Class 2 Athletic Facility Certificate. Manakala bagi padang bola sepak pula telah dinilai oleh Federation International Football Association (assessment by FIFA) dengan medium rating score iaitu bersesuaian dengan penggunaan padang bola sepak di peringkat sekolah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) selaku Pengurus Program, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pihak kontraktor (ZR Construction Sdn Bhd) dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, JKR selaku Agensi Pelaksana ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan dan semua pihak yang terlibat di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Diharap kerjasama erat ini akan terus dikekalkan bagi projek - projek pada masa akan datang. Terima Kasih.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 08-JANUARI-2026

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page