top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Pelancaran Bersepadu Sistem Aduan Kuarters SAKU

Tarikh : 01hb April 2019 (Isnin)

   JKR WP Putrajaya telah mengadakan Majlis Pelancaran Bersepadu Sistem Aduan Kuarters SAKU versi 1.0 bertempat di Dewan Perhimpunan MESTECC, Kompleks C Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah iaitu Encik Mohd Shahrul Nizam Bin Mohd Salleh, Dato’ Nordin Khairuzi Bin Zahari dari Syarikat Pembinaan NKZ Sdn Bhd, jurutera-jurutera penguasa kanan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pegawai-pegawai JKR WP Putrajaya, kontraktor-kontraktor,  serta wakil-wakil penghuni kuarters.

 

   Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah JKR WP Putrajaya dan seturusnya beliau melancarkan Sistem Aduan Kuarters SAKU versi 1.0. SAKU telah merangkul beberapa sijil dan pingat emas dalam semua pertandingan yang disertai. Bermula dari pusingan saringan bagi Pertandingan KIK Horizon di Kuantan dan yang terakhir berlangsung di PWTC pada baru-baru ini iaitu Malaysia Technology Expo (MTE 2019) yang telah diadakan pada 21-23 Februari 2019.

 

   SAKU merupakan idea reformasi pengurusan kuarters berkaitan kerja-kerja penyelenggaran kuarters oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik. Sebelum ini aduan dan laporan kerja dilakukan secara manual, SAKU diperkenalkan untuk menambah baik mutu pengurusan kuarters secara sistematik dan simpanan rekod secara digital. Bermulanya pelancaran ini, penghuni kuarters jenis landed di Putrajaya boleh membuat aduan menerusi SAKU

   

   Dengan adanya SAKU, pengurusan aduan kuarters akan lebih mudah dan teratur serta dapat mengurangkan kerja-kerja dan laporan yang tertangguh oleh kontraktor. Pengghuni kuarters dapat megakses sistem ini secara online 24 jam bagi membuat aduan, selain itu sistem ini mampu memproses saringan laporan palsu sekaligus memudahkan pemantauan proses aduan dan kerja penyelenggaraan. Laporan bulanan dijana secara automatik serta dapat disemak terus atas talian oleh pihak JKR WP Putrajaya secara tidak langsung ia dapat mengurangkan penggunaan kertas dalam penerbitan laporan.  

Berita Disediakan Oleh:

En. Mohd Nur Akman Bin Mohd Hanafiah

Server Administrator

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page