top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN KERJA UBAHSUAI BILIK KESELAMATAN OPERASI, BAHAGIAN PERLINDUNGAN JPM,
DI ARAS 7, MENARA USAHAWAN, LOT 2G6, PRESINT 2, PUTRAJAYA

Tarikh : 10hb Jan 2024 (Rabu)

 

Pada 10 Januari 2024 - Bertempat di Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Menara Usahawan Presint 2,Wilayah Persekutuan Putrajaya, telah berlangsung Majlis Majlis Penyerahan Projek kepada pihak Pelanggan, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, bagi projek Kerja Ubahsuai Bilik Keselamatan Operasi, Bahagian Perlindungan JPM, Di Aras 7, Menara Usahawan, Lot 2G6, Presint 2, Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Jurutera Elektrik Penguasa Kanan Jkr Wp Putrajaya, Ir.Hj. Mohd Afandi Bin Maamon kepada Yang Berusaha Tuan Khairul Anwar Bin Haji Zakaria@ Abdul Hamid Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan,Jabatan Perdana Menteri.
   
Majlis turut dihadiri oleh Pegawai - Pegawai dari Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri,Pegawai - Pegawai dari JKR WP Putrajaya dan Encik Syafiq Bin Shamsudin, wakil Kontraktor Ariwana Enterprise.


Projek pengubahsuaian Bilik Keselamatan Operasi, Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri yang baru ini telah dimulakan pada 25hb Julai 2023 dengan kos kontrak sebanyak RM 186,561.64.


Projek ini melibatkan pengubahsuaian keluasan lantai sebanyak 35 meter persegi (m²). Ruang ini direkabentuk bagi menempatkan:
a)    Ruang Kerja, Kaunter Serahan dan  lain - lain ruang sokongan merangkumi skop kerja seperti pemasangan concrete mansory unit walling system fired rated, solid welded iron bar grill,  signages, porcelain tiles, fire rated plaster ceiling board  with batten framing  system, heavy duty built in cabinet,  roller blind, fire rated door with steel frame lengkap aksesori, kerja mengecat, kerja - kerja mekanikal, kerja - kerja elektrikal dan kerja – kerja berkaitan.

Dalam pelaksanaan projek ini, kerjasama semua pihak bermula daripada : 
a)    pihak pelanggan iaitu Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri
b)    JKR WP Putrajaya selaku agensi pelaksana;
c)    Ariwana Enterprise sebagai kontraktor;
telah memainkan peranan penting yang mendorong kepada kejayaan projek ini dan ia nyata tidak menghalang projek ini untuk disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan hasil kerjasama semua pihak.

 

Perjalanan masa yang panjang dengan pelbagai halangan dan cabaran, telah pun berjaya dilalui oleh semua yang terlibat, sehinggalah ianya berjaya disiapkan dengan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 23 November 2023 lalu. 
 

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
 

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 28-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page