top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Tahniah Kepada Puan Noor Sahmiza Binti Othman - Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur

Tarikh : 07 April 2018

Pada 7 April 2018, bersamaan 20 Rejab 1439 Hijrah, satu Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertempat di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan, Negeri Pahang Darul Makmur.

 

Penganugerahan pengurniaan darjah pingat kepada pegawai-pegawai yang menyumbangkan bakti yang cemerlang kepada Sultan dan Negeri Pahang Darul Makmur. Baginda telah limpah kurnia memperkenankan pingat kepada Puan Noor Shamiza Binti Othman, Pegawai Jurutera Awam, J44 dari Zon 3 dari Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pegawai yang berusia 35 tahun ini telah dikurniakan darjah kebesaran setelah bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang selama 4 tahun.

 

Sekalung tahniah di ucapkan kepada beliau dari seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh beliau serta berharap kejayaan ini akan berterusan serta menjadi pemangkin semangat kepada pekerja-pekerja lain untuk turut sama lebih berjaya di masa akan datang.

Berita disediakan oleh:

Bahagian Senggara Zon 3

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page