top of page
Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Premis
Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Putrajaya

Tarikh : 8hb Nov 2019 (Jumaat)

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Premis Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Putrajaya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tersebut telah diadakan pada 8 November 2019 dan disempurnakan oleh YBerusaha Timbalan Pengarah JKR WPP, Ir. Ibtisham Bin L. Saleh kepada Hajah Wan Zarina Binti Wan Salleh, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil JKM, Ketua Penolong Pengarah bahagian Warga Emas, Puan Hajah Halijah Binti Muhammad, Ketua Unit Warga Emas, Puan Siti Hanizah Binti Saidin. Wakil dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Putrajaya, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas, Tn Haji Zainal abidin Bin Yahya. Juga, wakil dari JKR WPP, iaitu Puan Hanifah Binti Abdullah dan Ir. Azlan Bin Mohd Anwar dan Wakil kontraktor AZSA COMM, Pengurus, Encik Azhar Bin Shafie.

 

Projek ini telah selesai perlaksanaanya pada 1 Oktober 2019 dimana ia telah menepati tempoh perlaksanaan asal selama lima minggu bermula dari tarikh milik tapak pada 28 Ogos 2019. Selain itu, skop kerja yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini merangkumi kerja-kerja memasang partition gypsum board dan kemasan cat, pemasangan pintu kayu berserta skirting, memasang tiles untuk ramp, serta beberapa kerja elektrikal  dan Mekanikal penambahan plug point dan membekal alatan tong pencegahan kebakaran. Tempoh DLP untuk projek ini adalah selama enam bulan selepas projek ini disiapkan.

 

Dengan itu, pihak JKR WPP ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor AZSA COMM kerana berjaya melaksanakan projek ini dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkkan. Pihak JKR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JKM kerana memberi kepercayaan sepenuhnya di atas kebolehan pihak JKR dalam melaksanakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page