

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

MAJLIS PENYERAHAN SST DAN MESYUARAT KICK-OFF TENDER & SEBUTHARGA DI JKR WP PUTRAJAYA


























































Tarikh : 21hb Julai 2025 (Isnin)
Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Mesyuarat Kick-Off bagi beberapa projek penting bertempat di Bilik Mesyuarat Ziyad, Aras 8, Blok F7, JKR WP Putrajaya.
Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan sesi penyerahan SST dan Mesyuarat Kick-Off bagi tender, diikuti dengan sesi seterusnya untuk sebutharga pada jam 11.30 pagi.
Majlis ini melibatkan penyerahan SST secara 3 dalam 1 bagi empat projek utama seperti berikut:
1. Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan di Blok E4/5, Kompleks E, Presint 1, Putrajaya bagi tahun 2025 hingga 2030
2. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sound Reinforcement System, Stage Lighting, Closed Circuit Television System serta kerja-kerja berkaitan di Dewan Serbaguna Blok Setia Perkasa 10, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya
3. Kerja-Kerja Penggantian, Pembaikan dan Penyenggaraan Lampu Sedia Ada ke Lampu LED serta kerja-kerja berkaitan di Blok E1 Kompleks E, Putrajaya
4. Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyenggaraan Stage Lighting di Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya
Majlis ini turut menjadi platform awal bagi semua pihak terlibat untuk menyelaras pelaksanaan projek, memastikan kefahaman bersama terhadap skop dan keperluan teknikal, serta membincangkan perancangan awal pelaksanaan.
JKR WP Putrajaya komited untuk memastikan semua projek ini dapat dilaksanakan dengan cekap, menepati jadual, dan memenuhi standard kualiti serta keselamatan yang telah ditetapkan.
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Bangunan Kerajaan 1 (BBK1)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya




