top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bilik Darjah Konsep

Tarikh : 20hb Disember 2018 (Khamis)

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Cadangan Pembinaan Bilik Darjah Konsep Di Sekolah-Sekolah Rendah Di Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan pada 20 Disember 2018 dan disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Dato Seri KPKR, YBhg Dato' KSU KPM, YBhg Dato' Pengarah JKR WP Putrajaya, YBhg Dato’ Naib Presiden Perbadanan Putrajaya, Pengurusan Tertinggi KPM dan Cawangan Kerja Pendidikan Ibu Pejabat JKR Malaysia. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 11 minggu dan perlu disiapkan sebelum atau pada 31 Disember 2018. Walaubagaimanapun, atas kesungguhan dan komitmen yang berterusan daripada pihak kontraktor, projek ini dapat disiapkan lebih awal iaitu 9.5 minggu.

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor dan juga semua Kakitangan JKR WP Putrajaya yang terlibat secara langsung serta tidak langsung demi memastikan projek ini siap lebih awal. Selain itu, dapat memenuhi kehendak pihak pelanggan untuk memberikan keselesaan kepada murid yang akan menggunakan bilik darjah ini pada Tahun 2019 yang bakal mendatang.

 

Terima Kasih diucapkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya dan juga pihak BOMBA Putrajaya dalam memberikan kelulusan untuk pembinaan projek ini.

 

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page