top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN SIAP KERJA DAN PENYERAHAN PROJEK SIAP MEMBINA SEMULA PAGAR AMPAIAN KAYU JENIS PVC KOMPOSIT BAGI KUARTERS KERAJAAN

Tarikh : 7hb Mei 2024 (Selasa)

 

Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate Of Practical Completion, CPC) dan Penyerahan Projek Siap Kepada Pelanggan bagi Kerja-Kerja Membina Semula Pagar Ampaian Kayu Jenis PVC Komposit Bagi Kuarters Kerajaan Persekutuan (Landed) Di Jalan P11H Dan Jalan P11K, Presint 11, Putrajaya  telah diadakan pada 7 Mei 2024 (Selasa) di pejabat Jabatan Kerja Raya WP Putrajaya pada jam 10:00 pagi.

Majlis telah disempurnakan oleh En. Robert Anak Albert Girik (Menjalankan Tugas Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya) dan dihadiri oleh Encik Muhammad Irsyaduddin Bin Hasbollah, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri selaku pihak pelanggan serta En. Mohd Azwan Bin Sulong selaku Pengurus Projek dari Iskandar Tech Sdn. Bhd. Majlis juga disaksikan oleh Ir. Izmal Bin Ibrahim selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama) bagi projek ini.

Majlis dimulakan dengan serahan Sijil Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja kepada Iskandar Tech Sdn. Bhd diikuti dengan Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek kepada BPH. Selain itu, pihak kontraktor juga telah menerima Sijil Penghargaan daripada JKR WP Putrajaya kerana telah berjaya menyiapkan kerja satu (1) bulan awal daripada tempoh siap asal kerja. Kos penyiapan kerja ini adalah sebanyak RM2,622,822.00.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Kuarters Kerajaan (BKK)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page