top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Penyerahan Projek Bagi Projek Cadangan Ubahsuai Kaunter Unit Kewangan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan

Tarikh : 11hb Nov 2019 (Isnin)

Majlis Penyerahan Projek Bagi Projek Cadangan Ubahsuai Kaunter Unit Kewangan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan, Di Podium 1 Lot 4G3 Wisma Sumber Asli kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan tersebut telah diadakan pada 11hb November 2019  dan disempurnakan oleh YBerusaha Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya, Ir. Ibtisham Bin L. Saleh kepada Puan Mazlina Binti Ahmad Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil JKPTG, Puan Khairun Nazihah Binti Yaacob Penolong Pengarah bahagian Khidmat Pengurusan, wakil dari JKR WP Putrajaya, iaitu Puan Hanifah Binti Abdullah dan Ir. Azlan Bin Mohd Anwar dan Wakil kontraktor Kazara Technic Enterprise, Encik Muhammad Rashidi Bin Ismail.

                                                             

Projek ini telah selesai perlaksanaanya pada 15 Oktober 2019 dimana ia telah menepati tempoh perlaksanaan asal selama enam minggu bermula dari tarikh milik tapak pada 3 September 2019. Skop kerja yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini merangkumi kerja-kerja memasang partition gypsum board formica berserta skirting, pemasangan pintu kayu dan kemasan cat, memasang, pemasangan kaunter solid surface dengan penal kaca frosted dengan kerangka aluminium bersama binaan kaunter lengkap dengan laci berkunci. Tempoh DLP untuk projek ini adalah selama enam bulan selepas projek ini disiapkan.

 

Dengan itu, pihak JKR WPP ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor Kazara Technic Enterprise kerana berjaya melaksanakan projek ini dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkkan. Pihak JKR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JKPTG kerana memberi kepercayaan sepenuhnya di atas kebolehan pihak JKR dalam melaksanakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page