

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA - KERJA MENAIKTARAF KAWASAN LAPANG DI TENGAH – TENGAH BANGUNAN BLOK E7, E8, E11 DAN E12, KOMPLEKS E SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN








Tarikh : 22hb Ogos 2025 (Jumaat)
Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Kerja - Kerja Menaiktaraf Kawasan Lapang Di Tengah – Tengah Bangunan Blok E7, E8, E11 Dan E12, Kompleks E Serta Kerja – Kerja Berkaitan telah diadakan pada 22 Ogos 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8,Kompleks E, Putrajaya.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Adilah Muniyati binti Johari, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Yang Menjalankan Tugas Pengarah, JKR WP Putrajaya dan YBrs. Encik Shahizal Rizwan Bin Ahmat Raslan, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Hartanah selaku wakil pihak pelanggan. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JKR WP Putrajaya, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Skop kerja yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf kawasan lapang di antara bangunan blok E7, E8, E11 dan E12 ,menaiktaraf sistem saliran di tapak cadangan ,menyediakan keperluan laluan kecemasan/bomba yang lebik baik dan kerja-kerja membekal dan memasang lampu solar LED.
Pihak JKR WP Putrajaya mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor MAZT Resources Sdn Bhd dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan penyiapan projek ini.
Majlis diteruskan lagi dengan tandatangan borang penyerahan projek dan juga penyerahan gambar projek sebagai simbolik penyerahan kawasan projek yang telah disiapkan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Majlis diteruskan dengan lawatan tapak dan diakhiri dengan sedikit jamuan makan.
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya




