top of page
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN KERJA - KERJA UBAHSUAI RUANG PEJABAT DI ARAS 3 BANGUNAN IBU PEJABAT KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN), PUTRAJAYA

Tarikh : 9hb Disember 2024 (Isnin)

 

Majlis penyerahan projek siap bagi Cadangan Kerja - Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat di Aras 3 Bangunan Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Putrajaya telah diadakan pada 9 Disember 2024 (Isnin) bertempat di Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Putrajaya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa selaku pihak pelanggan dan YBrs. Ir. Izmal bin Ibrahim, Jurutera Awam Penguasa Kanan Yang Menjalankan Tugas Pengarah JKR WP Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai – pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan JKR WP Putrajaya.

Projek Ubahsuai Ruang Pejabat Di Aras 3 Bangunan Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Putrajaya yang baru ini telah dimulakan pada 12 Jun 2024 dengan kos kontrak sebanyak RM313,280.00 (RINGGIT MALAYSIA Tiga Ratus Tiga Belas Ribu Dua Ratus Lapan Puluh Sahaja) yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu IDS Delima Enterprise.

Projek ini melibatkan pengubahsuaian keluasan lantai sebanyak 70 meter persegi (m²). Ruang ini direkabentuk bagi menempatkan Bilik Temu Siasat, Bilik Pemerhatian Lelaki dan Perempuan, Bilik  Kawalan CCTV dan  ruang legar merangkumi skop kerja seperti pembinaan dinding AAC (Autoclaved Aerated Concrete) dengan tetulang keluli pada ketinggian penuh sehingga soffit, membekal dan memasang kertas dinding baru, karpet tiles baru, mengecat epoxy lantai bilik pemerhatian, membekal dan memasang siling gantung jenis akustik, kerja mengecat, membekal dan memasang waiting chair 4 seater 'bolt on floor' dan ‘fixed to floor’. Bagi skop elektrikal kerja-kerja membekal dan memasang lampu, suis lampu, lampu kecemasan, lampu keluar, IT, telefon, CCTV dan sistem kad akses. Manakala bagi skop mekanikal adalah membekal diffuser baru (linear type, side wall & 4-way throw type) berserta flexible duct, rigid duct, sprinkler head (concealed type & upright type) yang baru serta kerja – kerja berkaitan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pihak kontraktor (IDS Delima Enterprise) dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, JKR selaku Agensi Pelaksana ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan semua pihak yang terlibat di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Diharap kerjasama erat ini akan terus dikekalkan bagi projek - projek pada masa akan datang. Terima Kasih.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page