top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Bangunan-bangunan Kerajaan Di Parcel F

Tarikh : 26hb Nov 2019 (Selasa)

Pada 26 November 2019, satu Majlis Penyerahan bagi Projek Pembangunan Bangunan-bangunan Kerajaan Di Parcel F telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail bin Haji Bakar di Dewan Damar Sari, Blok F8, Parcel F.

 

Sempena majlis ini Ketua Setiausaha Negara telah menyerahkan plak Sijil Penerimaan kepada Putrajaya Bina Sdn Bhd (Anak syarikat putrajaya holding). Tempoh Projek yang bernilai RM1. 8 billion adalah 42 bulan dan telah berjaya disiapkan 7 bulan lebih awal.

 

Kompleks Kerajaan Parcel F ini terdiri daripada 10 Blok dan 3 aras podium ini bakal diduduki oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Landskap Negara, Jabatan Audit Negara, I-LEAD, Plan Malaysia, &  JKR WP Putrajaya yang akan mula beroperasi pada Januari 2020.

 

Konsep Bina, Maintained dan Transfer selama 25tahun oleh PBSB merupakan yang pertama diperkenalkan di Parcel F.

 

Sementara itu pada, 25 November 2019 satu taklimat penyerahan Projek Pembangunan Bangunan Kerajaan Di Parcel F telah diberikan oleh JKR WPPutrajaya dan BPH kepada Ketua Setiausaha Negara.

 

JKR WPPutrajaya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga Bangunan di Parcel F ini dapat memberikan manfaat kepada semua penghuni di Parcel F

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page