top of page
Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Mengganti Dan Menukar Pintu Kaca Tempered Glass Di Bangunan Menara Usahawan Lot 2G6

Tarikh : 20hb Nov 2019 (Rabu)

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Mengganti Dan Menukar Pintu Kaca Tempered Glass Di Bangunan Menara Usahawan Lot 2G6, Presint 2 Putrajaya kepada Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri tersebut telah diadakan pada 20 November 2019 dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia  Dato’ Ir. Haji Habbali Bin Ibrahim, Pengarah JKR WPP, kepada Yang Berusaha En Azri Noor Bin Mohd Arif, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh Pasukan Projek, Bahagian Pengurusan Projek JKR WPP, selaku HOPT, Pn. Hanifah Binti Abdullah, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Ir. Azlan Bin Mohd Anwar, Jurutera Eletrik Penguasa, turut hadir sama Pn. Nazliah Binti Salleh, Arkitek Penguasa Kanan  selaku HODT Pasukan Projek JKR WPP serta wakil kontraktor AZUWAN MAF RESOURCES, En. Saiful Anuar Bin Abdul Halim.

 

Projek ini telah selesai perlaksanaanya pada 25 Oktober 2019 dimana ia telah menepati tempoh perlaksanaan asal selama lima minggu bermula dari tarikh milik tapak pada 28 Ogos 2019. Selain itu, skop kerja yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini merangkumi kerja-kerja membaikpulih pintu kaca sediada, penal kaca tetap dan glass fin serta membekal dan memasang panel pintu kaca, bottom and top hydraulics higens dan glass fin. Tempoh DLP untuk projek ini adalah selama enam bulan selepas projek ini disiapkan.

 

Dengan itu, pihak JKR WPP ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor AZUWAN MAF RESOURCES, kerana berjaya melaksanakan projek ini dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkkan. Pihak JKR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPM kerana memberi kepercayaan sepenuhnya di atas kebolehan pihak JKR dalam melaksanakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

bottom of page