Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pengubahsuaian Ruang Pejabat Cawangan Pengurusan Kewangan, Aras 1, Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Presint 7, Putrajaya

Tarikh : 01hb Okt 2020 (Khamis)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pengubahsuaian Ruang Pejabat Cawangan Pengurusan Kewangan, Aras 1, Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Presint 7, Putrajaya pada 1hb Oktober 2020 (Khamis) di Bahagian Pejabat Cawangan Pengurusan Kewangan, Aras 1, Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Presint 7, Putrajaya.

 

Majlis dihadiri oleh Yang Berusaha, Timbalan Pengarah JKR  Wilayah Persekutuan Putrajaya, En. Ahmad Jalil Bin Jaafar dan Yang Berusaha, Ketua Penolong Pengarah Sumber Manusia Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, En. Mustapha Bin Abd. Kadir dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis turut dihadiri oleh pihak kontraktor, En. Mohd Norisan Bin Othman selaku pengurus projek Team Force Engineering. Majlis mula berlangsung pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

 

Majlis Penyerahan ini telah dimulakan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha, Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya. Beliau telah mengucapkan tahniah dan terima kasih  kepada semua warga kerja JKR WP Putrajaya, pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak kontraktor Team Force Engineering (TFE) dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

 

Beliau memaklumkan pelaksanaan projek ini telah dilaksanakan di Pejabat Cawangan Pengurusan Kewangan, Aras 1, Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Presint 7, Putrajaya bermula pada tahun 01hb Julai 2020 dan telah dapat disiapkan pada 10hb September 2020 iaitu selama 10 minggu dimana skop projek ini adalah melibatkan pengubahsuaian ruang pejabat iaitu Bilik Bincang, empat Bilik Pegawai, hiasan dalaman, kerja-kerja elektrik dan mekanikal.

 

Majlis juga diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha, Ketua Penolong Pengarah Sumber Manusia JPBM. Beliau telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak JKR WP Putrajaya, pihak kontraktor Team Force Engineering, pihak JPBM dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Beliau berpuas hati dengan rekabentuk dalaman dan hasil kerja yang diberikan dan berharap agar kerjasama ini dapat terus dikekalkan.   

Majlis diteruskan lagi dengan tandatangan Perakuan Serahan Kerja Siap dan juga penyerahan kunci oleh pihak Team Force Engineering kepada pihak JKR WP Putrajaya dan seterusnya penyerahan kunci kepada pihak JPBM.

 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar antara pihak JKR WP Putrajaya, pihak JPBM, pihak kontraktor Team Force Engineering dan juga pihak-pihak yang bersama-sama menjayakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-OKT-2020

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB