top of page
Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pengubahsuaian Ruang Pejabat Aras 4, Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Lot 2G1, Presint 2, Putrajaya.

Tarikh : 1hb April 2022 (Jumaat)

 

Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pengubahsuaian Ruang Pejabat Aras 4, Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Lot 2G1, Presint 2, Putrajaya telah diadakan pada 1 April 2022 bertempat di Aras 4, Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Yacob Bin Mustafa, Akauntan Negara Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBrs Tn. Hj. Rozaimi Bin Idris, Timbalan Akauntan Negara (Korporat), YBrs En. Mohd Azraai Bin Md Aznan, Pengarah Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), YBrs En. Robert Anak Albert Girik, Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR WP Putrajaya dan YBrs Pn. Hanifah Binti Abdullah, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, JKR WP Putrajaya.

 

Projek yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan konsep ‘Digital Open Space’ iaitu konsep ruang kerja terbuka dan moden. Konsep ini menjadikan kerja dapat dilaksanakan dimana-mana ruang dan lebih kondusif.      

Kontraktor projek ini adalah ASM Ventures. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 7 Oktober 2021 dan telah selesai pelaksanaannya pada 31 Januari 2022. Skop kerja yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini adalah merangkumi ubahsuai keseluruhan ruang pejabat BPOPP. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah menukarkan dinding asal kepada dinding kaca bilik pegawai, menukarkan bilik mesyuarat menggunakan ‘privy glass wall’ dan ‘folded glass’ serta kerja-kerja ‘Interior Design’ (ID) untuk ruang santai dan ‘built in furniture’. Tempoh ‘Defect Liability Period’ adalah 6 bulan. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penyiapan projek ini secara lansung dan tidak lansung. Pelaksanaan projek ini agak mencabar kerana melalui tempoh pandemik COVID19 dan akhirnya dapat disiapkan dengan sempurna.    

 

Majlis diteruskan lagi dengan tandatangan borang penyerahan projek dan juga sesi penyerahan kunci kepada pihak Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

 

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar antara pihak Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), pihak JKR WP Putrajaya, pihak kontraktor ASM Ventures dan juga pihak-pihak yang bersama-sama menjayakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page