

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

MAJLIS PENYERAHAN CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN NAIKTARAF KAFETERIA BLOK C3 (ARAS BAWAH), UNTUK BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH (BPH), KOMPLEKS C, PT 1111, PRESINT 1, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA








Tarikh : 16hb Mei 2025 (Jumaat)
Majlis Penyerahan Kerja-Kerja Pembaikan dan Naik Taraf Kafeteria Blok C3 (Aras Bawah), untuk Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Kompleks C, Putrajaya telah diadakan pada 16 Mei 2025 (Jumaat) bertempat di Kafeteria Blok C3, Aras Bawah, Kompleks C, Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya dengan kos kontrak bernilai RM 1,411,381.00 yang dilaksanakan oleh kontraktor GS Maju Teguh Sdn. Bhd. dengan penglibatan subkontraktor G Renovation Supply & Enterprise (bagi kerja-kerja mekanikal) dan Permata Bactrics Sdn. Bhd. (bagi kerja-kerja elektrik). Skop kerja adalah penaiktarafan dan pembaikan Kafeteria,Ruang Makan VIP,Gerai 1,2,3,4,5 dan 6, Koridor Servis Dan Kiosk. Keluasan tapak projek adalah 672.42 meter persegi (). Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) bagi projek ini bermula dari 15 April 2025 hingga 14 April 2026.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Adilah Muniyati binti Johari, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Yang Menjalankan Tugas Pengarah, JKR WP Putrajaya dan YBrs. En. Amarul Hafis bin Yahya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Bahagian Pengurusan Hartanah selaku wakil pihak pelanggan. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JKR WP Putrajaya, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri, dan Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Khidmat Pengurusan).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Wilayah Persekutuan, pihak kontraktor (GS Maju Teguh Sdn. Bhd., G Renovation Supply & Enterprise dan Permata Bactrics Sdn. Bhd). dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan atas kerjasama yang sangat baik daripada pihak Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Khidmat Pengurusan) sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini kepada pasukan JKR. Diharap kerjasama erat ini akan terus dikekalkan bagi projek – projek masa akan datang.
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya