top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA NAIKTARAF DAN PEMULIHAN BANGUNAN ISTANA KEHAKIMAN (LOT 3G3), PUTRAJAYA

Tarikh : 23hb Jan 2024 (Selasa)

 

Bertempat di Dewan Persidangan Annexe   Istana Kehakiman (Lot 3G3) Putrajaya, telah berlangsung Majlis Majlis Penyerahan Projek kepada pihak Pelanggan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM bagi projek Kerja-Kerja Naiktaraf Dan Pemulihan Bangunan Istana Kehakiman   (Lot 3G3), Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Shaiful Azli bin Mahamad Nor, Pengarah, Seksyen Pembangunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

 

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha  Ir. Ahmad Shahruzi Bin Ahmad, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia Yang Berbahagia Datuk Shahrul Kamal Bin Osman Pengarah Bahagian Pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar, Yang Berusaha Ir. Mohd Afandi Bin Maamon selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama serta Ketua-ketua Bahagian selaku Wakil Pegawai Penguasa Pakar Pegawai - Pegawai dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Pegawai - Pegawai dari JKR WP Putrajaya dan Encik Abd Rahim Bin Sahari, Wakil Kontraktor Juta Bina Sempurna Sdn. Bhd.

 

Projek Kerja-Kerja Naiktaraf Dan Pemulihan Bangunan Istana Kehakiman (Lot 3G3), Putrajaya telah dimulakan pada 21hb Disember 2021 dengan kos kontrak sebanyak RM16,520,400.00  (RINGGIT MALAYSIA Enam Belas Juta Lima Ratus Dua Puluh Ribu Empat Ratus) Projek ini dilaksanakan secara rekabentuk dalaman yang melibatkan pengubahsuaian dan naiktaraf  bagi menempatkan Bilik Pemandu, Kerja-Kerja Pembaikan Am Tingkap Kubah, Kerja Granite, Sistem Audio, Tandas, Kerja-Kerja Penggantian UPS, Pemodenan Sistem Lif, Kemasan Lantai, QMS System, Fire Protection, BCS & Air Conditioning System, PABX dan kerja – kerja berkaitan.

 

Dalam pelaksanaan projek ini, kerjasama semua pihak bermula daripada :
a)    pihak pelanggan iaitu Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
b)    Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Pengurus Program
c)    JKR WP Putrajaya selaku agensi pelaksana;
d)    Jutabina Sempurna Sdn. Bhd. sebagai kontraktor;
telah memainkan peranan penting yang mendorong kepada kejayaan penyiapan projek ini hasil kerjasama semua pihak.

 

Sebelum CPC bagi projek ini dikeluarkan, sebanyak 15 skop kerja telah diserahkan secara berperingkat atau Certificate Partial of Occupancy (CPO) bermula 17 Mac 2022 sehingga Kerja Pemodenan Sistem Lif bagi Fasa 4 diserahkan pada 30 November 2023.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page