top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pembinaan Bilik Utiliti Dan Stor Aset Di Aras L1 Dan C1, Bangunan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Tarikh : 2hb Julai 2019 (Selasa)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pembinaan Bilik Utiliti Dan Stor Aset Di Aras L1 Dan C1, Bangunan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 2hb Julai 2019 (Selasa) di ruang legar Pejabat Pentadbiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis mula berlansung pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

 

Majlis Penyerahan ini telah dimulakan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Y.Bhg. Dato’ Ir. Habbali Bin Ibrahim selaku Pengarah JKR WP Putrajaya. Beliau telah mengucapkan tahniah dan terima kasih  kepada semua warga kerja JKR WP Putrajaya, pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pihak kontraktor Twin Trust Construction & Maintenance dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

 

Beliau memaklumkan projek ini melibatkan pembinaan Stor Aset di aras C1, satu Bilik Utiliti jenis A dan dua Bilik Utiliti jenis B di aras L1 dengan kos RM 444,110.00 telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan bermula dari Pra-Pembinaan pada 6hb Mac 2019, masuk tapak pada 7hb Mac 2019 dan siap pada 27hb Jun 2019 dan juga tempoh Deffect Liability Period (DLP) selama 6 bulan.

 

Majlis juga diteruskan dengan ucapan daripada Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, En. Nor Azamir Bin HJ. Alias. Beliau telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak JKR WP Putrajaya, pihak kontraktor Twin Trust Construction & Maintenance dan juga pihak JAKIM kerana memberi kerjasama dalam menjayakan projek ini. 

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan tandatangan borang penyerahan projek dan juga penyerahan kunci oleh Pengarah JKR WP Putrajaya kepada Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar antara pihak JKR WP Putrajaya, pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pihak JAKIM, pihak kontraktor Twin Trust Construction & Maintenance dan juga pihak-pihak yang bersama-sama menjayakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page