top of page
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA PENYENGGARAAN TANDAS GALERI ANJUNG DI ARAS LG, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM), WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Tarikh : 19hb Jan 2024 (Jumaat)

 

Bertempat di Galeri Anjung Di Aras LG, Jabatan   Akauntan Negara Malaysia (JANM), LOT 2G1A, Presint 2, Wilayah Persekutuan Putrajaya , telah berlangsung Majlis Majlis Penyerahan Projek kepada pihak Pelanggan, Jabatan   Akauntan Negara Malaysia (JANM), bagi projek Kerja Penyenggaraan Tandas Galeri Anjung Di Aras Lg, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Ir. Asha’ari bin Haji Hasan, Pengarah, JKRWPP Putrajaya kepada Yang Berusaha Puan Nor Yati binti Ahmad Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

 

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Noorlida binti Mohd Khalid Timbalan Akauntan Negara (Operasi),Yang Berusaha Puan Zainani binti Jusoh, Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Yang Berusaha Ir. Mohd Afandi Bin Maamon selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama serta Ketua-ketua Bahagian selaku Wakil Pegawai Penguasa Pakar Pegawai - Pegawai dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Pegawai - Pegawai dari JKR WP Putrajaya dan Encik Muhammad Hadi Azwan Bin Abdul Halim, wakil Kontraktor Wiesa Systems Sdn. Bhd.

 

Projek penyelenggaraan Tandas Galeri Anjung, Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang baru ini telah dimulakan pada 10hb Julai 2023 dengan kos kontrak sebanyak RM119,900.00  (RINGGIT MALAYSIA Satu Ratus Sembilan Belas Ribu Sembilan Ratus)

Projek ini melibatkan pengubahsuaian keluasan lantai berjumlah 40.3 meter persegi (m²). Ruang ini direkabentuk bagi menempatkan Tandas Lelaki, Tandas Wanita dan Tandas Orang Kurang Upaya (OKU) merangkumi skop kerja seperti memperbaiki kerosakan tandas sedia ada, ubahsuai bilik mandi kepada tandas, hiasan dinding, pemasangan, signages, non slip porcelain tiles, wetstop plaster ceiling, drywall wetstop gypsum board lengkap aksesori, kerja mengecat, kerja - kerja mekanikal, kerja - kerja elektrikal dan kerja – kerja berkaitan.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page