

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

MAJLIS PENYERAHAN 8 PROJEK SEBUTHARGA DI KOMPLEKS SETIA PERKASA (KSP) DI BAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN), JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) DAN BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH (BPH)
























































































Tarikh : 23hb Disember 2025 (Selasa)
Majlis Penyerahan 8 Projek Sebutharga Di Kompleks Setia Perkasa (KSP) di bawah peruntukan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 23 Disember 2025 (Selasa)
Masa: 3.30 petang
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras B2, SP10
Majlis ini melibatkan penyerahan projek sebutharga yang merangkumi:
i. 1 Sebut Harga Kejuruteraan Mekanikal
ii. 4 Sebut Harga Kejuruteraan Elektrikal
iii. 3 Sebut Harga Kejuruteraan Awam
YBhg. En. Mohd Najib Md Kasnan, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. En. Ahmad Nizam Norali, Setiausaha Bahagian, Kementerian Dalam Negeri telah menyerahkan Sijil Penghargaan kepada JKR WP Putrajaya kerana telah berjaya melaksanakan 24 kerja Sebutharga di Kompleks Setia Perkasa pada tahun 2025. Sijil Penghargaan tersebut telah diterima oleh Ir. Ts. Norhisham Bin Launah selaku Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Bahagian Bangunan Kerajaan 1, JKR WP Putrajaya.
Majlis turut dihadiri oleh wakil kontraktor dan penghuni Bangunan KSP dari Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Majlis merakamkan setingi-tinggi ucapan Tahniah Dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan telah menjayakan projek ini.
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Bangunan Kerajaan 1 (BBK1)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya




