top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Penyerahan Siap Kerja Surau Ali Bin Abu Talib

Tarikh : 24hb Sep 2020 (Khamis)

Satu majlis penyerahan siap kerja surau Ali Bin Abu Talib diantara Bahagian Senggara Zon 3, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Jabatan Peguam Negara telah berlangsung pada 24 September 2020 bertempat di Surau Ali Bin Abu Talib, Aras Concourse, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

 

Kerja –kerja menaiktaraf Surau Ali Bin Abu Talib melibatkan :

1.    Kerja-kerja penggantian kemasan lantai di tempat wudhuk lelaki dan perempuan di surau Ali Bin Abu Talib kepada jenis highly skid resistance pebble wash bersaiz 15mm - 30mm

 

2.    Kerja-kerja penggantian karpet di surau Ali Bin Abu Talib, Kompleks Jabatan Peguam Negara (Lot 4G7) kepada jenis 100% fibre dan berketebalan di antara 9mm - 10mm

 

3.    Kerja-kerja penggantian tirai separator di surau Ali Bin Abu Talib, Kompleks Jabatan Peguam Negara (Lot 4G7) kepada jenis black off curtain dari bahan polyester dengan hanging type jenis railing

 

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani dokumen rasmi penyerahan siap kerja surau Ali Bin Abu Talib tersebut diantara Jurutera Elektrik Penguasa Kanan Bahagian Senggara Zon 3, Encik Ashaari bin Haji Hasan daripada Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan YBrs. Tuan Noor Mohd Huzaila bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam Negara yang turut disaksikan oleh Encik Hadin Baharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Abad Kenanga Sdn. Bhd.

Berita Disediakan Oleh

En. Marwan Bin Mohamad​

Jurutera Elektrik Gred J41

Bahagian Senggara Zon 3

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page