top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan dokumen kontrak (secara 2 in 1) bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti &  Penyenggaraan Housekeeping dan Pest Control di bawah pelaksanaan JKR WP Putrajaya

Tarikh : 22hb Dis 2020 (Selasa)

Bertempat di JKR WP Putrajaya pada 22 Disember 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan dokumen kontrak (secara 2 in 1) bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti &  Penyenggaraan Housekeeping dan Pest Control di bawah pelaksanaan JKR WP Putrajaya bagi kerja-kerja seperti berikut:

1.  Kontrak Pengurusan Fasiliti & Penyenggaraan di Kompleks Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi tahun 2021 sehingga 2025.

2. Kerja-kerja Pengurusan Fasiliti & Penyenggaraan termasuk kerja-kerja Housekeeping dan Pest Control untuk bangunan blok E1, E3, E6, E7, E10 dan Auditorium (EAD), Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

3.  Kerja-kerja Pengurusan Fasiliti & Penyenggaraan termasuk kerja-kerja Housekeeping dan Pest Control untuk bangunan blok E2, E8, E9, E11, E12, E13, E14 dan E15 Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) Tender kepada kontraktor yang berjaya.

JKR selaku jabatan teknikal dan agensi pelaksana Kerajaan sentiasa memikul amanah rakyat demi memenuhi aspirasi Kerajaan dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik serta mengikut kos dan tempoh yang ditetapkan. Bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan, adalah diharapkan kontraktor yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komitmen dan kesungguhan demi memastikan kejayaan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page