top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pengubahsuaian Ruang Stor Utama Cawangan Logistik, Di Aras -1 Utara, Ibu Pejabat Kastam Di Raja Malaysia (JKDM), Lot 2G1B, Presint 2, Putrajaya

Tarikh : 22hb Mac 2023 (Rabu)

 

Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pengubahsuaian Ruang Stor Utama Cawangan Logistik, Di Aras -1 Utara, Ibu Pejabat Kastam Di Raja Malaysia (JKDM), Lot 2G1B, Presint 2, Putrajaya telah diadakan pada 22 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Pentadbiran Am Aras -1 Utara, Ibu Pejabat Kastam DiRaja Malaysia, .

 

Majlis disempurnakan oleh YBrs Haji Azmi Bin Hashim, MTT Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.  Majlis turut dihadiri oleh YBrs Puan Aminah Binti Abdullah, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Pengurusan Projek, JKR WP Putrajaya, YBrs Puan Nuur Fadzilah Binti Md. Noor, Arkitek Kanan, Bahagian Arkitek, JKR WP Putrajaya, YBrs Encik Shaharmizi Bin Zainul Abidin, Jurutera Awam, Bahagian Bangunan Kerajaan 2, JKR WP Putrajaya dan YBrs Encik Md. Lazis Bin Md. Hussain, Pen. Juruukur Bahan Kanan, Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR WP Putrajaya.

 

Skop kerja yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini melibatkan kerja-kerja ubahsuai stor alat tulis, aksesori pakaian seragam dan laluan serta kerja-kerja hiasan dalaman. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kerja-kerja baik pulih pintu grill sedia ada, meroboh dinding pintu dan drywall, memasang drywall baru, kerja-kerja cat dinding dan epoxy lantai, menukar pintu grill sedia ada jenis bukaan kepada pintu grill jenis sliding, kerja-kerja built-in kaunter baru dan baik pulih dinding dan siling di stor pakaian seragam

 

Pihak JKR WP Putrajaya mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor Sofav Dinamik dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan penyiapan projek ini.  

 

Majlis diteruskan lagi dengan tandatangan borang penyerahan projek dan juga sesi penyerahan kunci kepada pihak Ibu Pejabat Kastam DiRaja Malaysia. Majlis diteruskan dengan lawatan tapak dan diakhiri dengan sedikit jamuan makan.

 

Sekian, terima kasih.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page