top of page
Majlis Penyerahan Projek Cadangan Ubahsuai Ruang Pejabat Aras 6, Bangunan Perbendaharaan 2, Lot 2G8 (2M11), Di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Presint 2, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tarikh : 24hb Jun 2022 (Jumaat)

 

Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Cadangan Ubahsuai Ruang Pejabat Aras 6, Bangunan Perbendaharaan 2, Lot 2G8 (2M11), di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Presint 2, Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 24 Jun 2022 (Jumaat) bertempat di Aras 9, Bilik Persidangan Utama, Lot 2G8 (2M11), Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta. Majlis disempurnakan oleh YBrs Sr Rosni Nawati Binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (Operasi), Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta.  Majlis turut dihadiri oleh YBrs Ir Anita binti Mohamed Shafie, Pengarah, JKR WP Putrajaya, YBrs Pn. Hanifah Binti Abdullah, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, JKR WP Putrajaya dan YBrs En. Muhamad Fisol Bin Osman, Arkitek Penguasa Kanan, JKR WP Putrajaya.

 

Skop kerja yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini adalah merangkumi ubahsuai keseluruhan ruang pejabat di Aras 6, Bangunan Perbendaharaan 2, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pemasangan ‘drywall’ baru termasuk ‘wallpaper’, pemasangan dinding akustik di bahagian ruang pejabat, pemasangan panel kaca, pemasangan pintu di bahagian lobi dan bilik pegawai, penyediaan siling plaster, papan tanda dan kaunter baru di bahagian lobi, kerja-kerja membekal dan memasang ‘workstation’ baru dan ‘built-in furniture’ serta penyediaan ruang ‘coffee corner’.

 

Pihak JKR WP Putrajaya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penyiapan projek ini secara lansung dan tidak lansung. Pelaksanaan projek ini agak mencabar kerana melalui tempoh pandemik COVID19 dan akhirnya dapat disiapkan dengan sempurna.   

 

Majlis diteruskan lagi dengan tandatangan borang penyerahan projek dan juga sesi penyerahan kunci kepada pihak Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta. Majlis diteruskan dengan lawatan tapak dan sesi ramah mesra bersama pegawai.

 

 

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page