top of page
Perhimpunan Pagi JKR WP Putrajaya Bil. 2/2020

Tarikh : 27hb Julai 2020 (Isnin)

Perhimpunan Pagi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil. 2/2020 telah diadakan pada 27 Julai 2020 (Isnin) yang diurusetia oleh Bahagian Senggara Zon 3 & Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan (BPKS). Perhimpunan ini telah diadakan di Ruang Legar Aras 8, JKR WP Putrajaya dan dimulai dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.30 pagi.

 

Perhimpunan bulanan ini dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Perkhidmatan Awam dan bacaan zikir Asma Ul-Husna.

 

Acara diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR WP Putrajaya. Beliau telah menekankan agar semua kakitangan JKRWPP sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam perintah kawalan pegerakan pemulihan (PKPP). Beliau turut berbangga dengan sikap profesional dan semangat yang ditunjukkan oleh warga JKR Putrajaya. Walaupun berdepan cabaran wabak COVID-19, JKRWPP dapat tangani dengan baik, dimana tahap produktiviti yang ditunjukan konsisten dan professional dapat dibuktikan dengan prestasi perbelanjaan JKR Putrajaya dalam tempoh suku tahun kedua telah mencapai 48.43%, iaitu hampir separuh daripada keseluruhan peruntukan yang diterima pada tahun 2020 telah dibelanja. Selain itu warga JKR Putrajaya diseru agar berterusan di dalam mempraktikkan kaedah-kaedah baharu dan sentiasa memikirkan idea-idea terkini yang kreatif dan inovatif dengan memperkasakan teknologi maklumat dan digital. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ir. Ibtisham bin L Saleh dan En. Wan Iskandar bin W. Hussain yang akan bersara atas khidmat dan jasa bakti yang telah disumbangkan kepada JKR WP Putrajaya khususnya kepada perkhidmatan awam

 

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai bertukar keluar dan sesi pengenalan pegawai baru bertukar masuk ke JKRWPP kemudian diikuti dengan tayangan montaj perpisahan buat pegawai yang akan bersara serta persembahan daripada wakil kakitangan Bahagian Senggara Zon 3.

 

Penyampaian sumbangan daripada Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan (KSSK) JKRWPP telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan kepada kakitangan yang baru berkhawin, minimang cahaya mata dan kakitangan yang ditimpa musibah.

 

Majlis ditutup dengan meraikan sambutan hari lahir buat kakitangan JKRWPP yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari sehingga Julai 2020.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page