top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

PERHIMPUNAN PAGI BIL.3/2023 JABATAN KERJA RAYA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Tarikh : 20hb Dis 2023 (Rabu)

 

Tanggal 20 Disember 2023 Rabu jam 8.30 pagi telah berlangsung Program Perhimpunan Bulanan Bil/3 2023 bertempat di Dewan Damar Sari 1&2, Blok F8 Kompleks F Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dengan bertemakan “GAYA HIDUP CERGAS & SIHAT” program ini dicipta bagi memberi penekanan kepentingan kesihatan dalam konteks gaya hidup pada masa kini.

Buat julung kalinya Bahagian Bangunan Kerajaan 3 berkolaborasi bersama Bahagian Banggunan Kerajaan 2 JKRWPP bagi menjayakan program perhimpunan bulanan pada kali ini. Program ini telah dihadiri oleh pengarah JKRWPP Ir. Asha’ari Bin Haji Hassan, Ketua-Ketua Bahagian dan warga JKRWPP samada tetap mahupun kontrak.

Beberapa acara telah disusun bagi memeriahkan program perhimpunan pada kali ini. Antaranya :-

  • Montaj Pesanan Pemakanan Sihat Iaitu Piramid Makanan

  • Montaj Perlawanan Persahabatan Sukan Badminton Antara JKRWPP & KLN

  • Program Senamrobik Oleh Jurulatih Profesional Dari Kementerian Belia & Sukan (KBS)

  • Program Pengenalan Kakitangan JKRWPP “KELUAR/MASUK”

  • Program Hari Kelahiran Kakitangan

  • Program Persembahan Daripada Setiap Bahagian

  • Program Anugerah Pekerja Cemerlang Bagi Staf Kontrak

Seramai 16 kakitangan kontrak telah diberi pengiktirafan atas khidmat cemerlang dalam membantu JKRWPP bagi Pengurusan Fasiliti dan Penyelenggaraan di pelbagai kementerian Putrajaya.  Anugerah ini juga dapat dijadikan pemangkin kepada semua staf kontrak yang lain untuk berkhidmat dengan lebih berdaya saing, produktif dan efisien dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Program perhimpunan bulanan telah berjalan dengan jayanya dan ditamatkan pada jam 12 tengahari.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Bangunan Kerajaan 3 (BBK3)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page