top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Perhimpunan Pagi JKR WP Putrajaya Bil 2/2019

Tarikh : 26hb Jun 2019 (Rabu)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Perhimpunan Pagi bil.2/2019 pada 26 Jun 2019 (Rabu) dianjur dan diuruskan oleh gabungan antara Bahagian Kontrak & Ukur Bahan dan Bahagian Senggara Kuarters. Perhimpunan ini telah diadakan di ruang legar aras 3, JKR WP Putrajaya. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan majlis berlangsung pada jam 9.00 pagi.

 

Perhimpunan pagi telah dimulakan dengan bacaan doa kemudian disusuli dengan Asma ul-husna, nyanyian lagu Negaraku, Lagu Malaysia Bersih, lagu Perkhidmatan Awam. Acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Y.Bhg. Dato’ Ir. Habbali Bin Ibrahim selaku Pengarah JKR WP Putrajaya. Beliau telah mengucapkan tahniah dan terima kasih  kepada semua warga kerja JKR WP Putrajaya kerana telah memberikan kerjasama yang mantap dan terbaik dalam pencapaian dan anugerah yang telah diterima oleh Jabatan ini.

Seterusnya sesi perkongsian ilmu, pembentangan daripada Bahagian Kontrak & Ukur Bahan dengan tajuk pembentangan Panduan Pelarasan Harga Kontrak Disebabkan Pelaksanaan Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan (CJCP) yang dibentangkan oleh Puan Zakiah Bint Klewan, Juruukur Bahan Kanan Gred J48.

 

Diteruskan lagi dengan persembahan daripada Bahagian Senggara Kuarters dengan menyampaikan lagu raya secara berduet. Sesi pengenalan warga kerja baru yang bertugas di JKR WP Putrajaya, diikuti dengan penyampaian cenderahati buat warga kerja yang bertukar serta buat warga kerja yang menamatkan perkhidmatan pencen. Sesi penyampaian cenderahati kepada warga kerja JKR yang telah menerima cahaya mata dan sumbangan kepada warga kerja yang diduga kesihatan. Acara dilanjutkan lagi dengan penyampaian cenderahati dan sambutan hari lahir warga kerja JKR WP Putrajaya yang lahir pada bulan Jan hingga Jun.

Majlis diakhiri dengan sambutan hari raya Aidilfitri persembahan tarian daripada Bahagaian Kontrak & Ukur Bahan, sesi bersalaman, bergambar bersama Pengarah dan menjamu selera.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 13-JUN-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page