top of page
Perkongsian Ilmu: New Generation Repair And Waterproofing System For Our Built Asset

Tarikh : 18hb Februari 2022 (Jumaat)

 

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) telah mengadakan Taklimat Perkongsiaan Ilmu dengan kerjasama RNC Pakar Sdn Bhd yang telah berlangsung pada 18 Februari 2022, Jumaat di Bilik Taklimat Aras 6 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 20 orang kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghadiri taklimat ini.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan bahan-bahan binaan dan kaedah yang terbaik dalam menyenggara bangunan yang melibatkan waterproofing dan konkrit seterusnya taklimat ini juga dapat membantu meningkatkan kualiti penyenggaraan di bangunan Kerajaan khususnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Taklimat ini bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari dan telah disampaikan oleh  Ir Parman Singh wakil syarikat RNC Pakar Sdn. Bhd. Antara kandungan taklimat yang diberikan berkaitan:


- Structural defect, fault, and failure in concrete structures: An Engineer's dilemma
- New generation repair system for concrete remediation
- Case studies on structural diagnostics and concrete remediation

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak syarikat RNC Pakar Sdn. Bhd. kerana sudi memberi perkongsian ilmu bermanfaat kepada kakitangan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Berita disediakan oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page