top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Salam Persaraan

Tarikh : 30 November 2017

​

   Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Sr ZULKFLE BIN OTHMAN, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Disember 2017.

​

   Beliau mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 30 Disember 1983 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Selama 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau ditempatkan di beberapa penempatan antaranya Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Jabatan Perumahan Negara, Cawangan Kerja Kesihatan, JKR WP Kuala Lumpur dan JKR Pulau Pinang.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Tahun 2003. Beliau juga berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan profesional daripada Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.

​

   Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page